Friday, January 27, 2012 0 comments

Lain interpretasinya

Aku lain. Kamu lain. Mereka lain. Kita lain. Hati, rasa, akal, cita, cinta. Semua. Walaupun sedikit persaman yg akan wujud, tapi ia tetap lain. Berbeza. It's different. Itu yg buatkan ia suatu yg luar biasa. Abnormal.

Baik. Rambut sama hitam, hati lain-lain.Ya, benar lar apa yg dikatakan orang dulu-dulu tuh.

Tulisan-tulisan aku juga punya persepsi yg beda antara kalian. Tak sama. Kamu faham begini. Dia faham begitu. Aku tulis lain, kamu maksudkan lain. Lain interpretasinya.

Normal.

Bila semua punya otak yg sama, akan jemu lar duniawi. Aku tak suka. Begini sudah bagus. Tapi itulah. Interpretasi itu berbeza. Beza itu timbulkan salah faham, porak-peranda, haru-biru, kacau-bilau, huru-hara...

Bergelak tawa sebentar :


Saturday, January 21, 2012 0 comments

Kosong

Duduk baik-baik di meja belajar.
Depan terhidang buku nota kosong muka suratnya.
Bersama sebatang pensel yg juga berfungsi sebagai pen.
Dan otak, akal, minda yg sarat dengan buah fikiran yg terawang-awangan sebentar di tempat beradu tadi.
Ia ghaib. Sepantas air terjun yg deras mengalir.
Diperah-perah. Tak jugak nampak patinya.
Hanya pandangan sepi ditala pada buku nota tu.
Mata terarah pula pada lappy yg memungkinkan terkeluarnya buah-buah fikiran itu. Malang, hanya tinggal pandangan sepi juga.
Dicapai surat khabar lama yg terkandung ruangan sudoku. Masa dihabiskan di situ sahaja...

Semua perkara yg aku cuba buat gagal dilunas dengan baik. Kadang sekadar di pertengahan jalan. Bukan hangat-hangat tahi ayam, apatah lagi tahi lembu. Tapi tak mampu maju lagi. Huh. Malas.


Wednesday, January 11, 2012 0 comments

mengubah, berubah. UBAH.

Kadang satu kejadian menjadikan kita bukan seperti kita yg lalu.

Satu keputusan pilihan raya, mengubah satu sistem kerajaan. Satu keluaran barangan, mengubah corak belian pengguna. Satu sebutan fonem, mengubah kedudukan bilabial, artikulasi, palatal dan velar.

Berubah menjadi awek orang, tunangan orang, isteri orang... Bertambah beban, bertambah amanah, bertambah jugak lar tanggungjawab.

CONTOH.

Aku pun sudah terkena. Kejadian yg aku sendiri undang. Bikin aku sewel dan sengal. Sekarang sudah berubah. Lagak seperti biasa. Tampak bodoh lar weh! Apa aku boleh buat lagi? Sekadar senyum dan diam. Ya. Diam, diam, diam.
0 comments

Tajuk yg aku tak tahu nak letak

Benci, sayang, amarah, rindu, menyampah, kasih...
Campur baur. Simpul.
Mnejadi bingung.
Cuba cerakinkan satu persatu, setelah itu dikelompokkan.
Benci, amarah, menyampah di sana. Dijauhkan.
Sayang, rindu, kasih di sini. Didekatkan.
Saban waktu bersama. Biar ia tekal dan kekal.

9 Januari 2012
11.47 pm
 
;