Saturday, January 21, 2012

Kosong

Duduk baik-baik di meja belajar.
Depan terhidang buku nota kosong muka suratnya.
Bersama sebatang pensel yg juga berfungsi sebagai pen.
Dan otak, akal, minda yg sarat dengan buah fikiran yg terawang-awangan sebentar di tempat beradu tadi.
Ia ghaib. Sepantas air terjun yg deras mengalir.
Diperah-perah. Tak jugak nampak patinya.
Hanya pandangan sepi ditala pada buku nota tu.
Mata terarah pula pada lappy yg memungkinkan terkeluarnya buah-buah fikiran itu. Malang, hanya tinggal pandangan sepi juga.
Dicapai surat khabar lama yg terkandung ruangan sudoku. Masa dihabiskan di situ sahaja...

Semua perkara yg aku cuba buat gagal dilunas dengan baik. Kadang sekadar di pertengahan jalan. Bukan hangat-hangat tahi ayam, apatah lagi tahi lembu. Tapi tak mampu maju lagi. Huh. Malas.


0 comments:

Post a Comment

 
;