Showing posts with label Sembang-sembang. Show all posts
Showing posts with label Sembang-sembang. Show all posts
Friday, April 24, 2015 0 comments

Ke depan dan berdepanlah.

Suddenly, I'm thinking of abah and ibu. Miss to kiss their both cheeks. Suddenly! Maybe that's what we call 'homesick'. This is the first time I feel that way for the third year of my degree. Which, lead me to sleep with teary eyes and blocked nose last night. Hmm...

Tau kenapa?

Aku lagi memikirkan masa depan sebenarnya. Ya, benarlah. Hidup perlu tiasa ke depan. Tapi, memikirkan tentang ke depan, rasa gentar takkan lari daripada jiwa. Gentar menyelubung memikirkan perjalanan, kehidupan, pertemuan, perpisahan, perkahwinan, kehilangan dan kematian. Itu semua kau takkan bisa lari walau kau yakin kau sehebat Usain Bolt. Hmmm...

Memikirkan semua itu, yang pertama terjah ke akal aku adalah abah ibu aku. Secekal mana hati aku ini, aku tak rasa cekal aku itu mampu menanggung rasa kehilangan dua orang insan ini. Bukan aku meminta, jauh sekali berdoa. Apa jenis anak jika mendoakan sedemikian rupa. Heh.

Abah baru beberapa hari menjangkau ke usia 50. Ibu baru beberapa bulan menjangkau ke usia 44. Mengenangkan itu, hidup ini semakin hari semakin tua, semakin berusia. Fikirlah, apa sangat yang aku dah beri, sumbang dan hulur buat dua orang ini pada penghujung usia 22 aku ini.

Setakat ini, aku hanya mampu sedekahkan doa. Biar abah ibu sentiasa bahagia, ceria dan sihat sentiasa. Amin. Aku mungkin bukan anak yang membanggakan seperti anak-anak lain yang cerdik lagi hebat. Tapi, biarlah sekurang-kurangnya aku mampu tanggung mereka berdua kelak dan biarkan mereka meniti hari tua mereka dengan menghadap si Dia. InsyaAllah.

Kita bukan siapa-siapa yang bisa predict the future. Aku tak ada kuasa begitu. Kau, dia dan mereka juga begitu. Tadahlah tangan mohon doa yang baik-baik. Kerna itu yang kita bisa selepas usaha. Selepas itu, bertawakallah dengan apa-apa yang mendatang. Ini bukan ceramah, tazkirah atau usrah. Kerna aku perempuan biasa-biasa tidaklah alim malah muslimah yang bijak bicara tentang agama. Dengan itu, kuatkanlah hati dan berdepanlah dengan realiti yang penuh duri juga teruslah mengasihani your both parents while you can. 

Lots of love,
Puteri En. Rashid dan Pn. Roba'ah...


Tuesday, April 15, 2014 0 comments

Jangan Pandang Belakang!

Dalam hidup ni,
kita acapkali disogokkan untuk tiasa pandang ke hadapan,
supaya hidup terus maju.
Tapi cuba pikirkan kembali,
apakah menoleh sebentar kebelakang itu,
mundur maknanya hidup ini.
Pada aku,
itu bukan satu kepastian untuk percaturan hidup kita.
Itu hanya persepsi,
persepsi mereka-mereka yang gentar dengan kegagalan.
Kerana hidup mereka hanya mahu mengejar kejayaan tanpa rasa perit.
Mereka lupa rasa perit itu yang bisa bantu untuk lebih maju.
Kita toleh belakang, kita belajar, kita baik pulih salah silap yang lalu.
Kita perlu cuba.
Sebab hidup ini sebenarnya,
selagi kita tak berani mencuba,
selagi itu kita jauh daripada sempurna.




Sunday, January 5, 2014 0 comments

Sesama manusia

Assalamualaikum.

Awal pagi begini bertemankan 2 sachet kafein. Niat mahu menelaah tertangguh. 'Soul'nya hilang pergi entah ke mana. Keep calm. 

Sekadar perkongsian. Daripada penglihatan kaca mata.

Rasa sakit dan perit yg bertandang buatkan kita lebih kenal apa itu hidup yang sebenar. Makin lama nyawa berhembus, makin berbukit pengalaman yg kita ada. Jika dilihat pada realiti, kita tak bisa puaskan hati setiap kepala. Itu jelas. Kenapa? Kerna kita ini rambutnya sama hitam, hati lain-lain. Pemikiran kita tak sama. Sebabkan itu, ada yg bermasam muka atau tak bertegur sapa. 

Entah lar. Acap kali dibilang hidup ini seperti roda. Ada benarnya juga. Hidup kita tak sentiasa berada di atas. Jadi, waspada bila kelak jatuh terjelepuk. Hari ini orang bergesel-gesel dgn kita, mungkin dengan apa yg kita ada kini. Esok, lusa? Habis madu sepah dibuang. Haha. 
 
Benar hidup melangkah berseorangan atau dalam erti kata yg lebih mudah di'pulau'kan itu sunyi. Tapi, optimis itu penting. Lagi pun, panjatkan rasa syukur atas apa yg menimpa. Anggap ia satu proses berdikari. Sebab dengan nikmat yg sentiasa berdamping, kadang buatkan kita lupa pada sang Pencipta, buatkan kita leka dengan dunia.
 
Hubungan dengan manusia, kita tak boleh memaksa. Asal sudah mencuba, itu tidak mengapa. Macam omputeh kata, 'just go with the flow'. InsyaAllah, dunia ini tempat sementara. Rebut peluang tika masih berkesempatan, untuk terus mengenal makna diri.
 
Salam tahun baru. 2014
Thursday, October 24, 2013 0 comments

Cenderung

Kalau bicara tentang minat ini, ceritanya takkan habis. Mulanya daripada A akhirnya dengan Z. Kalau ada abjad untuk disambung, bersambung jugalah ceritanya. Minat tu kalau diperinci, diteliti dengan bahasa mudah kita kata suka lr. Apa yang kau suka? Apa yang aku suka? Apa yang kita suka?

Minat itu luas. Setiap satu orang itu ada minat sendiri. Satu, dua, atau lebih minatnya. Mungkin ada yang berbeza, mungkin juga ada yang sama saja dengan orang lain. Ada orang yang minat sebab ramai orang minat. Ada orang yang minat sebab dah memang minat.

Minat menari, minat bercakap. minat menulis, minat artis itu ini, minat gaya itu ini. Ha. Minat lr tuh. Kegemaran kata orang.

Aku ini dalam keadaan terjerumus ke alam kpop. Di bangku sekolah menengah, layan saja drama2 korean di tv. Datang KL, berbaik dengan teman2 yang kepalanya penuh dengan ilmu2 kpop, buat aku turut sama terdedah. Mulanya dengan Runningman, terus dengan dengar lagu, tengok mv. Sekarang memang lagu korea dah ada dalam telefon bimbit. Siap boleh kenal sesetengah nama artis. Hebat? Tapi belum sampai ke tahap tegar lr.

Aku jugak disogok dengan gambar2 doodling di ig milik orang lain. Benda kalau dah cantik, siapa yang tak berkenan kan. Aku pun ada lr mencuba doodle dengan meniru hasil orang lain. Sekadar buat simpanan sendiri. Kerana diri belum mahir lagi.

Itu baru dua. Itu pun minat yang aku baru berjinak2. Kalau minat yang dah sejak azali, memang aku tak tahu berapa panjang entri ni kang. Bersusun jawabnya. Yang pasti, daripada minat akan mencerminkan sikap kita kata orang. Selain ianya berfungsi menjadi motivasi dalam diri dalam menghasilkan sesuatu dengan berkesan. Jadi, tak salah pun bab2 minat-meminati neh. Asal tak ke arah yang tak elok macam membazir masa, duit dan sebagainya. Cenggitu lar cerita dia.
Sunday, April 22, 2012 0 comments

Terima kasih Allah.

Dengan apa yg anda ada kini, anda tetap mendengus tidak puas. Mengeluh minta lebih. Oh ya! Bukan anda saja. Aku juga. Kita semua.

Tetapi cuba kau renung dalam-dalam. Fikir jauh-jauh.

Bersyukur kita masih mampu menjamah makanan yg kita mahu. Dibandingkan dengan mereka yg kebuluran, yg berebut cuma untuk sesuap nasi. Sekeping roti.

Bersyukur kita adanya tempat berteduh siang malam. Hujan panas. Dibandingkan dengan mereka yg tidurnya bertilamkan kotak, berbumbungkan jambatan.

Bersyukur kita punya wang untuk beli itu ini. Dibandingkan dengan mereka yg bermuka kasihan menghulur bekas mengemis seposen, dua posen.

Bersyukur kita bebas bergerak ke sana sini. Dibandingkan dengan mereka yg menjadi pelarian tak tahu arah tuju.

Bersyukur kita selesa menjalankan tugas sebagai hamba-Nya disini. Dibandingkan dengan mereka yg di-anti, dicemuh dengan pegangan agama yg satu disana.

Dengan apa yg anda ada kini, ia dikira baik bukan? Tidak sebaik yg anda impikan, tapi baik lar jugak kan.
Panjatkan syukur kepada-Nya kerna kita hamba-Nya yg bertuah hidup di bumi Tanah Melayu ini.

p/s : Selamat hari ulangtahun ke-47 abahku. Moga dipanjangkan umur dengan kesihatan yg baik dan dilimpahkan dengan rezeki yg berterusan. InsyaAllah.
Wednesday, April 4, 2012 0 comments

Mereka dan ia

Lelaki. Arjuna. Adam. Uda. Jantan. Teruna. Sama saja. Yg membezakan ia hanyalah sebutan dan ejaan. 

Aku tiada masalah dengan golongan ini. Yg menjadi permasalahannya ialah habit golongan ini. Ya. Umum sedia maklum bahawa ROKOK menjadi sahabat sejati sebilangan individu kaum ini. Sehari mahu sekotak habis. 20 ke 25 batang. Malah ada yg lebih. Dunhill, Pall Mall, ... Ada saja. Yg tinggal untuk mereka cuma memilih. Memilih mengikut lidah juga deria rasa masing-masing. Aku bukanlah anti pada golongan ini, bukan juga meletakkan persepsi negatif. Tetapi, aku TAK SUKA. 
Daripada pemerhatian aku menerusi risalah, majalah, persekitaran dan pengetahuan yg aku ada sebagai ahli kelab PROSTAR selama beberapa tahun, apa yg aku dapat lihat cuma kesan negatif bukan pada perokok itu saja malah individu di sekeliling. Huh. Tak pasal-pasal. Aku, kau, kalian, mereka, kita yg jadi mangsa tak bersalah kan. Adil begini? Tak kesian ka pada kanak-kanakyg baru bertatih nak mengenal huruf, mengeja dan membaca? Asap rokok yg terkandung nikotin tu mampu menjejaskan kemahiran belajar kanak-kanak ni oke! So, bapak-bapak yg merokok tu, jangan gatal-gatal mulut nak marah, maki hamun anak-anak kalian kalau result exam menurun atau teruk. Sebab salah satu puncanya datang daripada tabiat golongan bapak-bapak berstatur perokok tu sendiri. Ish3.
 Perkongsian aku seterusnya ni, aku rasa kalian sebagai masyarakat sivil peka dengan hal ni. Rokok ni banyak mengundang pelbagai penyakit. Stro, mati pucuk, kanser, ... apa lagi? Kalin senaraikan lar sendiri. Semua ni disebabkan bahan-bahan seperti tar, nikotin, amonia yg terkandung dalam rokok yg boleh mengakibatkan saluran darah tersumbat, kandungan oksigen berkurangan dan sebagainya lar. Ternyata tabiat merokok ni hanya untuk kalian yg memang nak mati cepat. Sila lar sebab kalian dah puas nikmat hidup kan.

Jadi, apa yg nak dibanggakan sangat sangat dengan habit anda itu wahai lelaki? Para perawan di luar sana udah tak pandang pada kemachoan yg anda rasa ada pada diri ada pabila membakar seputung rokok tu. Keserabutan otak yg kalian alami pulak tak semestinya dihapuskan dengan batang-batang rokok. Kalian boleh guna cara lain lar. Bagi yg baru nak berjinak-jinak, pikir semasak-masaknya. Jangan sebab kenkawan anda seorang perokok, anda juga mahu menyertai golongan tak sihat nih, sekadar alasan mahu memudahkan komunikasi bersama mereka atau malusebab anda berasa ganjil apabila berada dalam kelompok mereka. Ah, bodoh! Bagi perokok tak tegar, tak salah kalian berhenti terus. Kalu bibir kalian boleh tak bersentuhan dengan rokok selama sejam, tak mustahil untuk ia tak bersentuhan selama sehari, seminggu, sebulan, setahun atau selama-lamanya mungkin! Pesan aku, INGATLAH ORANG YG TERSAYANG. Haha. Tiba-tiba. ;)

Baik. Kerajaan dah pun laksanakan kempen anti merokok. Apa kata rakan-rakan perokok sekalian, jumpa doktor dan dapatkan tips nak berhenti rokok.. Dah terlanjur ada kat klinik atau hospital tuh, rajinkan lar tangan kalian untuk capai brochure berkaitan rokok kat situ. Kalau dah malas sangat, gerakkan ja jari-jemari kalian search panduan-panduan yg sepatutnya kat internet tuh. Kat sini aku siap kasi link website pasal rokok, http://bahayamerokok.net Pelbagai mekanisme kalian boleh guna. Jangan malas ja. Aku tau nak stop bukan senang, tambah yg dah lama join group perokok ni kan. Tapi, tak salah kalau kalian cuba. Tak rugi. Menguntungkan lagi ada lar. Sebab? Boleh collect duit nak masuk minang and blablabla. Hehe. Mintalah parent kalian tolong, member-member support, buah hahti control usaha kalian nak buang ketagihan merokok tu. Haha. Oke kan? ;)



Katakan TAK NAK pada rokok sempena bulan baru neh!

p/s : Perokok pasif berisiko untuk dapat serangan jantung. -____-
Friday, January 27, 2012 0 comments

Lain interpretasinya

Aku lain. Kamu lain. Mereka lain. Kita lain. Hati, rasa, akal, cita, cinta. Semua. Walaupun sedikit persaman yg akan wujud, tapi ia tetap lain. Berbeza. It's different. Itu yg buatkan ia suatu yg luar biasa. Abnormal.

Baik. Rambut sama hitam, hati lain-lain.Ya, benar lar apa yg dikatakan orang dulu-dulu tuh.

Tulisan-tulisan aku juga punya persepsi yg beda antara kalian. Tak sama. Kamu faham begini. Dia faham begitu. Aku tulis lain, kamu maksudkan lain. Lain interpretasinya.

Normal.

Bila semua punya otak yg sama, akan jemu lar duniawi. Aku tak suka. Begini sudah bagus. Tapi itulah. Interpretasi itu berbeza. Beza itu timbulkan salah faham, porak-peranda, haru-biru, kacau-bilau, huru-hara...

Bergelak tawa sebentar :


Wednesday, December 28, 2011 0 comments

Entri ini berkenaan busana...

Salam! ;)

Entri kali ni tiada contengan kata-kata yg berjela. Sekadar foto-foto untuk tatapan. Actually, aku ada kata dalam entri sebelum ni yg aku akan buat entri pasal dream wedding aku. Tapi bila aku pikir-pikir balik, rasa macam bodoh lar pulak. Sebab rasanya masih terlalu awal untuk aku pikir benda-benda tu semua kan. So, tak payah lar aku buat entri tu. Kalian pun tak payah lar bertanya apa lagi meminta. Hehe. Sebagai ganti aku postkan entri pasal dress dan gaun yg aku suka lagi cantik neh, sumbangan Encik Google. Kira boleh lar ea? >,<

 















Ya. Aku suka lace dress. Cantik kan. Haha. Oke. Sampai sini saja. Jumpa di lain entri.

Daaa~~
Friday, November 11, 2011 0 comments

Buddy ---> Lover ???

Assalamualaikum ;)

Hmmm... pernah tak ampa suma berada dalam situasi yg macam neh? Ye lr, sahabat yg berlainan gender yg selama ni ampa buat dia asa tempat melawak , tempat berbalah pendapat, tempat share problems. Tapi skang da jadi lain. Bila nampak dia, jumpa dia ampa rasa dup..dap..dup..dap.. Ah, asal plak ni kan?

Kalo hati ampa dok berdentam-dentum tu, apa kata ampa p soal si dia tros. Tanya si dia ada rasa lain ka dengan ampa, gtau sekali apa yg ampa dok angau. Itu pun kalo ampa neh memang jenis muka tembok besar China lar. Hahahahaaa. Gila ah! Btw, kat sini ada lar tanda-tanda if ampa or pasangan dok in love yg aku cilok daripada pelbagai sumber. So, pas niama tak yah dok fenin kepala pk sangat yg ampa neh dok bertepuk sebelah tangan ka apa an. Check it out!

  • Si dia akan call or mesej ampa lebih kerap daripada sahabat-sahabat girls yg lain. 
  • Bila ampa terasa ati or merajuk ka, si dia da tak senang duduk nak mintak maap kat ampa.
  • Si dia layan ampa lebih spesel compare dengan sahabat-sahabat girls yg lain. Caring lar omputeh kata. hehe.
  • Tetiba si dia jadi reporter tak bertauliah. Tiasa nak tau sal ampa. Tanya itu, ini.
  • Si dia jugak tak berat ati nak buat sumbangan ikhlas tuk ampa. Pemurah lar tu. 
  • Yg ampa pon da macam kucing kehilangan anak selagi si dia tak terpacak kat depan ampa macam selalu.
  • Ampa jugak kalo bole nak dok dengan si dia ja like 24/7.
  • Ampa akan windu si dia. Tiap malam dok tunggu mesej masok or fon berdering dengan ringtone yg telah diset khas untuk si dia. Wah!

    However, kalo ampa da berkira-kira nak tabalkan buddy ampa tu as ampa punya lover, baek pk semasak-masaknya. Cuba pertimbangkan risiko-risiko yg ada. Misalnya...
    • Perwatakan sahabat yg da pun bertukar status ke kekasih akan turut bertukar oke!
    • Bila da berkapel, start lar anasir-anasir jealous, prasangka negatif kat pasangan weh.
    • Then, bila ampa da kapel nanti, maybe akan ada lar insan-insan yg mengongkong dan dikongkong. 
    • Yg paling PENTING, bila timbul situasi ampa akan bertikam lidah or berselisih faham, mana tau jodoh tak panjang, ampa pon break off dengan si dia. So, akan ada lar manusia-manusia yg bermasam muka.  Jadi, skang mana sahabat ampa yg selalu ampa dok bergelak sakan dulu? Sahabat yg menjadi tempat ampa dapatkan sesi kaunseling? Mana? Hilang kan? Ni yg tak besh! -_-

    Bagi aku, if ampa da ada symptom-symptom yg rasa lain macam dengan si dia, try take time jauhkan diri daripada si dia kejap. Kalo rasa belum ready, try ingat benda-benda yg hodoh, negatif sal si dia. Hal-hal yg buat ama tak berkenan dengan si dia lar an. Bole??? Mana tau dengan cara tu bole buat ampa nyampah nan si dia. Sama-sama kita try oke. Agaga.

    Kadang tu memang orang sekeliling akan salah tafsir bila girls and boys bersahabat baik. Kata ampa ni kapel lar apa kan. Tapi apa-apa pon, jangan ambil tindakan terburu-buru. Jangan bila ada orang tegur ampa dengan si dia nampak lain macam, ampa da mula gelabah, gabra suma kan. Just chill ja. INGAT! Tanam dalam kepala otak ampa yg 'dia sahabat baik aku'. 'Aku sayang dia as a sahabat'. Nothing more than that. ^.^

    Itu lar asam garam punya sahabat yg tak sama jantinanya. Ia suatu realiti oke. Bukan rekaan semata-mata. Sahabat yg spesis ceni rapat coz 2-2 jenis sekepala, tak dak istilah cover-cover or nak jaga ati sangat, sembang pon main lepas, suka ati nak bergadoh. Lagi pun, girls pilih sahabat daripada kalangan arjuna coz depa ni good listener. SERIUS! (aik? cam ada experience! hahaha. >.<) Then, depa neh open minded and lebih supportive through pendapat-pendapat yg depa kasi uh. Yeah!

    Ini Oncik Duan. *-*

    Ini Oncik Nasa a.k.a En. Gedix. *-*

    Ni lar 'boyfriends' aku. Hehehe. <3

    Anyway, sahabat mahu pun kekasih ada perbezaannya. Ampa kena tau tu. Ampa jugak harus tau baik buruk bila ampa take decision nak tukarkan status ampa dengan si dia. And kena amek tau impaknya jugak. So, ampa kena get ready dengan segala kemungkinan yg ada. Fikir-fikirkan ya! 

    Adiossss...

    *Tarikh yg cantek hari ni...

     
    ;