Friday, January 29, 2016 0 comments
Susur galur aku daripada adam hawa,
Tapi aku mungkin antara manusia paling hina,
Yang tiada selayaknya pada sesiapa.
0 comments

Wah!

Setiap orang itu ada baiknya sendiri, ada celanya sendiri. Tak ada satu orang insan pun yang punya sempurna diri.

Jadi diri sendiri, tak semua boleh terima. Ikut jadi seperti yang lain, dibilang pura-pura. 

Dilontar lantang suara, dikata tak sopan. Dilompat terkinja-kinja, dikata tak punya adab. 

Yelah, duduk bersimpuh itu ayu, berselfie tayang senyum itu manis, berbaju kurung, kain batik itu santun. Wah!
Sunday, January 24, 2016 0 comments

Jalan keluar

Masalah itu datang dari pelbagai sudut. Baik kecil mahu pun besar. Ia tetap dibilang masalah. Ia terpulang pada kau, mahu kategorikan masalah sendiri itu yang bagaimana. 

Ya, kadang masalah itu boleh buat kau terduduk berlinang air mata. Kau fikir masalah kau paling berat antara semua. Sampai kadang kau jadi pendek akal.

Sedih. Siapa yang tak? Bila masalah terjelepuk di bahu kau. Tapi, tiada masalah yang tiada jalan keluar. Tugas kau mahu keluarnya bagaimana. Sujud pada Dia bila-bila masa. Fikir dan fikir. Jangan hanya tahu nangis. 
Saturday, January 23, 2016 0 comments
Kita selalu nak orang faham kita. Tapi, ada kita cuba nak faham orang lain juga?

Sit, and think again. 


Wednesday, January 20, 2016 0 comments

Perang

Ya. Penat kau sehari2 dengan berperang perasaan sendiri. 

Bukan mahu lagak jadi seperti orang lain, tapi mahu tampak matang dengan pendirian.

Tapi, itu cuma buat kau cuba ingkar setiap rasa yang wujud. Kau cuba lawan. Kau nafi. Kau menidakkan. 

Penat. Letih. 

Kau panas. Kau tabur ais. Sejuk tapi aura suamnya masih terasa.

Kau angin. Kau tutup suis. Biar reda angin kencang takut terbawa menjemput ribut.

Perang yang tak sudah. Di hati bilangnya ya, di bibir tuturnya tidak. 

Penat dengan perang begini. Saban hari disimpan di sudut paling dalam, supaya tak kelihatan. Diam dengan rasa yang bergelodak. Itu namanya perang. Perang yang harapnya takkan kandas.
0 comments

Anak perempuan

Setiap kata yang dilontar itu aku anggap kasar, acapkali bikin hati kecil direnyuk2. Aku tak mampu kata apa, dibalas kang dibilang mengajar, dijawab kang dihentam kurang ajar. Jadi, bagaimana?

Di sudut kecil, aku hanya bisa tunduk bersama tangkungan air di mata. Ditahan sendiri. Dilepas sendiri. Sendiri. Sampai kau rasa vokal dan konsonan yang tersusun keluar dari bibir itu tiada guna, tiada fungsi. Tak ada. 

Dimata yang lain semua dilihat salah, semua dinampak cacat, semua dipandang cela. Setiap salah yang lain, ditauk campak di atas bahu aku. Apa memang aku yang harus pikul beban sebegini?

Ada satu tika, ia bikin aku mahu lari. Lari daripada semua. Lari jauh. Tapi sampai bila? Berbaloi aku buat begitu? Tapi, aku masih di fikiran itu. Lari. Hmm. Jangan fikir cetek. 
0 comments

Akur

Setiap gerak-geri juga perbuatan, tak semua senang di hati orang. Tak semua benda dapat dipuaskan. Akur dengan norma begini. Kau berada dalam lingkungan begitu. Biasakann...
Thursday, January 7, 2016 0 comments

Diam

Ya. Ada sebab kenapa dibilang 'bila marah diam'.

Supaya kau tak berkata2 ikut menggelegaknya darah panas, supaya kata2 kesat, memaki, menghina tak kau mudah lepas, supaya amarah kau tak terus membuas.

Benar, pendam itu sakit. Tapi, lebih sakit jika kau lepas, bila tersedar kau yg menyesal. Baik diam.
Friday, January 1, 2016 0 comments

Jatuh

Terjatuh daripada kerusi,
Sakittt.
Tapi, jatuh daripada harapan melangit,
Aduh, perit.

Hmmm
 
;