Wednesday, January 20, 2016

Perang

Ya. Penat kau sehari2 dengan berperang perasaan sendiri. 

Bukan mahu lagak jadi seperti orang lain, tapi mahu tampak matang dengan pendirian.

Tapi, itu cuma buat kau cuba ingkar setiap rasa yang wujud. Kau cuba lawan. Kau nafi. Kau menidakkan. 

Penat. Letih. 

Kau panas. Kau tabur ais. Sejuk tapi aura suamnya masih terasa.

Kau angin. Kau tutup suis. Biar reda angin kencang takut terbawa menjemput ribut.

Perang yang tak sudah. Di hati bilangnya ya, di bibir tuturnya tidak. 

Penat dengan perang begini. Saban hari disimpan di sudut paling dalam, supaya tak kelihatan. Diam dengan rasa yang bergelodak. Itu namanya perang. Perang yang harapnya takkan kandas.

0 comments:

Post a Comment

 
;