Masalah itu datang dari pelbagai sudut. Baik kecil mahu pun besar. Ia tetap dibilang masalah. Ia terpulang pada kau, mahu kategorikan masalah sendiri itu yang bagaimana.
Ya, kadang masalah itu boleh buat kau terduduk berlinang air mata. Kau fikir masalah kau paling berat antara semua. Sampai kadang kau jadi pendek akal.
Sedih. Siapa yang tak? Bila masalah terjelepuk di bahu kau. Tapi, tiada masalah yang tiada jalan keluar. Tugas kau mahu keluarnya bagaimana. Sujud pada Dia bila-bila masa. Fikir dan fikir. Jangan hanya tahu nangis.
0 comments:
Post a Comment