Sunday, April 22, 2012 0 comments

Terima kasih Allah.

Dengan apa yg anda ada kini, anda tetap mendengus tidak puas. Mengeluh minta lebih. Oh ya! Bukan anda saja. Aku juga. Kita semua.

Tetapi cuba kau renung dalam-dalam. Fikir jauh-jauh.

Bersyukur kita masih mampu menjamah makanan yg kita mahu. Dibandingkan dengan mereka yg kebuluran, yg berebut cuma untuk sesuap nasi. Sekeping roti.

Bersyukur kita adanya tempat berteduh siang malam. Hujan panas. Dibandingkan dengan mereka yg tidurnya bertilamkan kotak, berbumbungkan jambatan.

Bersyukur kita punya wang untuk beli itu ini. Dibandingkan dengan mereka yg bermuka kasihan menghulur bekas mengemis seposen, dua posen.

Bersyukur kita bebas bergerak ke sana sini. Dibandingkan dengan mereka yg menjadi pelarian tak tahu arah tuju.

Bersyukur kita selesa menjalankan tugas sebagai hamba-Nya disini. Dibandingkan dengan mereka yg di-anti, dicemuh dengan pegangan agama yg satu disana.

Dengan apa yg anda ada kini, ia dikira baik bukan? Tidak sebaik yg anda impikan, tapi baik lar jugak kan.
Panjatkan syukur kepada-Nya kerna kita hamba-Nya yg bertuah hidup di bumi Tanah Melayu ini.

p/s : Selamat hari ulangtahun ke-47 abahku. Moga dipanjangkan umur dengan kesihatan yg baik dan dilimpahkan dengan rezeki yg berterusan. InsyaAllah.
Sunday, April 15, 2012 0 comments

Lain dalam erti kata yg lain.

Aku rasa lain. Dia sudah berlainan. Mereka juga berkemungkinan lain. Benci dengan kelainan ini. Menjadi rindu pada waktu dulu.

Apakan daya. Masa takkan bisa berpatah balik. Meski jarum diundur, angka ditukar. Kita tak akan kembali. Balik. Pulang. Ke waktu yg kita mahukan. Kerana kita tetap akan berada pada saat ini. Tika ini. Jam ini. Detik ini. Terima segala yg dihadapkan dengan redha. Dan berusaha menjadikan hari-hari esoknya hari yg indah mungkin.

Tempat kerja.
13 April 2012
1.30 pm


Wednesday, April 4, 2012 0 comments

Mereka dan ia

Lelaki. Arjuna. Adam. Uda. Jantan. Teruna. Sama saja. Yg membezakan ia hanyalah sebutan dan ejaan. 

Aku tiada masalah dengan golongan ini. Yg menjadi permasalahannya ialah habit golongan ini. Ya. Umum sedia maklum bahawa ROKOK menjadi sahabat sejati sebilangan individu kaum ini. Sehari mahu sekotak habis. 20 ke 25 batang. Malah ada yg lebih. Dunhill, Pall Mall, ... Ada saja. Yg tinggal untuk mereka cuma memilih. Memilih mengikut lidah juga deria rasa masing-masing. Aku bukanlah anti pada golongan ini, bukan juga meletakkan persepsi negatif. Tetapi, aku TAK SUKA. 
Daripada pemerhatian aku menerusi risalah, majalah, persekitaran dan pengetahuan yg aku ada sebagai ahli kelab PROSTAR selama beberapa tahun, apa yg aku dapat lihat cuma kesan negatif bukan pada perokok itu saja malah individu di sekeliling. Huh. Tak pasal-pasal. Aku, kau, kalian, mereka, kita yg jadi mangsa tak bersalah kan. Adil begini? Tak kesian ka pada kanak-kanakyg baru bertatih nak mengenal huruf, mengeja dan membaca? Asap rokok yg terkandung nikotin tu mampu menjejaskan kemahiran belajar kanak-kanak ni oke! So, bapak-bapak yg merokok tu, jangan gatal-gatal mulut nak marah, maki hamun anak-anak kalian kalau result exam menurun atau teruk. Sebab salah satu puncanya datang daripada tabiat golongan bapak-bapak berstatur perokok tu sendiri. Ish3.
 Perkongsian aku seterusnya ni, aku rasa kalian sebagai masyarakat sivil peka dengan hal ni. Rokok ni banyak mengundang pelbagai penyakit. Stro, mati pucuk, kanser, ... apa lagi? Kalin senaraikan lar sendiri. Semua ni disebabkan bahan-bahan seperti tar, nikotin, amonia yg terkandung dalam rokok yg boleh mengakibatkan saluran darah tersumbat, kandungan oksigen berkurangan dan sebagainya lar. Ternyata tabiat merokok ni hanya untuk kalian yg memang nak mati cepat. Sila lar sebab kalian dah puas nikmat hidup kan.

Jadi, apa yg nak dibanggakan sangat sangat dengan habit anda itu wahai lelaki? Para perawan di luar sana udah tak pandang pada kemachoan yg anda rasa ada pada diri ada pabila membakar seputung rokok tu. Keserabutan otak yg kalian alami pulak tak semestinya dihapuskan dengan batang-batang rokok. Kalian boleh guna cara lain lar. Bagi yg baru nak berjinak-jinak, pikir semasak-masaknya. Jangan sebab kenkawan anda seorang perokok, anda juga mahu menyertai golongan tak sihat nih, sekadar alasan mahu memudahkan komunikasi bersama mereka atau malusebab anda berasa ganjil apabila berada dalam kelompok mereka. Ah, bodoh! Bagi perokok tak tegar, tak salah kalian berhenti terus. Kalu bibir kalian boleh tak bersentuhan dengan rokok selama sejam, tak mustahil untuk ia tak bersentuhan selama sehari, seminggu, sebulan, setahun atau selama-lamanya mungkin! Pesan aku, INGATLAH ORANG YG TERSAYANG. Haha. Tiba-tiba. ;)

Baik. Kerajaan dah pun laksanakan kempen anti merokok. Apa kata rakan-rakan perokok sekalian, jumpa doktor dan dapatkan tips nak berhenti rokok.. Dah terlanjur ada kat klinik atau hospital tuh, rajinkan lar tangan kalian untuk capai brochure berkaitan rokok kat situ. Kalau dah malas sangat, gerakkan ja jari-jemari kalian search panduan-panduan yg sepatutnya kat internet tuh. Kat sini aku siap kasi link website pasal rokok, http://bahayamerokok.net Pelbagai mekanisme kalian boleh guna. Jangan malas ja. Aku tau nak stop bukan senang, tambah yg dah lama join group perokok ni kan. Tapi, tak salah kalau kalian cuba. Tak rugi. Menguntungkan lagi ada lar. Sebab? Boleh collect duit nak masuk minang and blablabla. Hehe. Mintalah parent kalian tolong, member-member support, buah hahti control usaha kalian nak buang ketagihan merokok tu. Haha. Oke kan? ;)



Katakan TAK NAK pada rokok sempena bulan baru neh!

p/s : Perokok pasif berisiko untuk dapat serangan jantung. -____-
Sunday, April 1, 2012 0 comments
Assalamualaikum

Agak lama menyepikan diri daripada membikin entri di sini. Banyak yg mahu diceritakan, tetapi tak tahu mulanya mahu daripada mana. Entah. 

Baik. Aku mahu mulakan dengan cerita ini. 



Berkemungkinan kalian juga ada mengikuti drama ini. Aku tak ada lar mengikutinya sangat. Aku sudah jarang menghadap tv di rumah. Lagi pula, ia masih di episod awal. Aku just nak mention kat sini yg aku suka plot awal yg drama ni pertontonkan. Mengapa? Kenapa? Haha. Bak kata Siti Nurhaliza, biarlah rahsia. Gitu!

Oke. Ke cerita yg seterusnya.



(Konon jarang hadap tv.) ;p
Cerita ni, aku tak tahu di mana istimewanya. Yg pasti si Sabila & si Iskandar tu memang sweet!!! Aku jealous. Itu saja. Haha.

Setakat itu saja lar yg cerita yg mahu aku ceritakan. (Entri entah apa-apa kan!)

p/s : Congrats Liyana Jasmay. Selamat melayari hari-harimu sebagai tunangan orang. Suka dress LJ!!! Suka rambutnya!!! You look gorgeous LJ! Seriuosly!


 
;