Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts
Sunday, April 1, 2012 0 comments
Assalamualaikum

Agak lama menyepikan diri daripada membikin entri di sini. Banyak yg mahu diceritakan, tetapi tak tahu mulanya mahu daripada mana. Entah. 

Baik. Aku mahu mulakan dengan cerita ini. 



Berkemungkinan kalian juga ada mengikuti drama ini. Aku tak ada lar mengikutinya sangat. Aku sudah jarang menghadap tv di rumah. Lagi pula, ia masih di episod awal. Aku just nak mention kat sini yg aku suka plot awal yg drama ni pertontonkan. Mengapa? Kenapa? Haha. Bak kata Siti Nurhaliza, biarlah rahsia. Gitu!

Oke. Ke cerita yg seterusnya.



(Konon jarang hadap tv.) ;p
Cerita ni, aku tak tahu di mana istimewanya. Yg pasti si Sabila & si Iskandar tu memang sweet!!! Aku jealous. Itu saja. Haha.

Setakat itu saja lar yg cerita yg mahu aku ceritakan. (Entri entah apa-apa kan!)

p/s : Congrats Liyana Jasmay. Selamat melayari hari-harimu sebagai tunangan orang. Suka dress LJ!!! Suka rambutnya!!! You look gorgeous LJ! Seriuosly!


Thursday, December 1, 2011 4 comments

Sang suami & sang isteri

Assalamualaikum. ;)

Aku telah pun sedia maklum dengan perkhabaran mengenai perkahwinan Zahiril & Shera. Kalian juga begitu, bukan? Tapi, yg menjadikan aku seorang manusia yg pelik saat ini, apahal aku nak sangat post entry fasal merpati 2 sejoli tu. Wedding of the year ka? Ayuh, kita lihat.

Celebration of love. (Aku suka)

Ah! Itu semua aku tak ambil pusing sangat. Kad jemputan yg unik, yg style senang saja nak buat, nak jumpa. Gaun pengantin juga begitu. Setuju?

Penglihatan aku sebenarnya lebih tertumpu kepada mereka berdua. Bukan pada tarikhnya, majlisnya, bajunya atau apa sekali pun. Ya. Mereka sangat sweeetttt! Itu yg menarik-narik aku untuk google foto-foto wedding dan juga pre-wedding mereka.




Nah. Memang Zahiril tidaklah smart sangat macam Henry Golding. >.< Memang Shera tidaklah glamor sangat macam Kim Kardashian. Tapi, pentingnya perhubungan itu kerana keikhlasan. Bukan paras rupa mahu pun taraf dan darjat.

Ha! Mari ke mari. Mahu aku tunjukkan ini...

Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.


Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.


Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.


Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta'ala
Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelangkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.




Sebenarnya ini yg aku nak pertontonkan sangat. Ya. Kejutan Zahiril buat Shera. Deklamasi puisi khas daripada sang suami kepada sang isteri. Aku pasti setiap isteri yg diperlakukan sebegitu rupa pasti dengan mudah akan menggugurkan linangan air mata bahagia. ;) Hayatilah puisinya itu, jangan sekadar mengeja dan membaca. Mendalam.

Baik. Selamat pengantin baru! ;)


p/s : Selamat Hari Lahir sahabatku, ATEN... <3

Saturday, November 26, 2011 0 comments

They are back!

Hype!

Ha. Apa plak yg kembali ni kan? Haha. Ini dia my fav tv show. In 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1, 1, 1, 1... You ready? You ready? Get ready for the SHOWDOWN... Wohooo. 




Ya. Aku merupakan pengikut tegar show ni. Since 1st season lagi and aku telah menjadi kipas susah mati bagi HMC PHLOW. OMG!!! Tapi aku frust coz dorang sampai top 4 ja. Huhu. Wait! Dorang kembali untuk 2nd season anddddd there in final stage yo! Even tak menang, aku tahu dorang memang terbaik. Don't worry, you guys tetap di hati gua r. Haha.


Terbaik wok!

Oh, ya! Tak ketinggalan crews lain yg tak kurang hebatnya. FLOOR FEVER, crew yg tiasa lincah on stage. Perfomance dorang tak pernah bosan dan kecewakan aku. Haha. BOUNCE STEPPERZ, crew yg ada style and identiti tersendiri. Aku tabik lar coz dorang berani masukkan elemen tradisional lam street dance. Nengok lar time battle in final stage, bawak kuda kepang tu. Perghhh.





Oh, ya. Aku rasa aku da menyimpang sikit daripada title entry aku neh. Hehe. Oke. Audition SHOWDOWN 2012 da start hari ni. Sapa yg rasa layak and berbakat tu boleh lar pergi mencuba. Aku? Maaf, taraf aku setakat menari kat majlis-majlis sekolah ja. Kehkehkeh. Di sini ada butir-butir audition tersebut :-




Audition di KL adalah pada 18 Disember 2011. Tapi maaf ya orang-orang Penang, mengikut maklumat yg aku dapat, tak ada audition di Penang seperti seasons yg lepas. Oke. Apa tunngu lagi, RM 50, 000 menanti weh. 

ARE U GAME? ;)


Daaa~~
2 comments

Kesayangan teman!

Hola!

Teman nak share sikit nan kalian suma neh. Kesayangan teman yg terkini. Adoi. Shhh... Diam-diam sudah lar ea. Haha. Itu dia...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Taraaaa...

Lorh. Ingat kan apa lar tadi kan. Ingat kot da in relationship dengan mamat mana lar ai. Hehehe. Biasa lar. Tengah semangat bola neh. Teman pun tak terlepas daripada terkena penangannya. Mulanya macam dok tahan diri teman daripada buat entry pasal hot issue neh. Tapi jari-jemari teman neh dok ketar, gigil, gedik suma da. Tak boleh tahan r. Teman cepat-cepat pergi amek lappy teman bawah katil, teros buat entry neh bersama nota-nota ekonomi di sebelah teman yg ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. ;)

Ha! Back to the point. Macam biasa lar. Setiap kali ada muka-muka baru dalam skuad kebangsaan, teman tak ketinggalan lar nak nengok sorang dua player yg punya skil setiap kali turun padang kan! (Ceyh. ye2 ja.) hehe. Selain tu, ada lar makna-makna tersirat. Pandai-pandai lar kalian paham. Ngee~~ Oke. Macam yg kalian suma tau, skuad Harimau muda kita telah pun berjaya menumpaskan skuad Garuda bagi temasya Sukan Sea ke 26 Isnin lepas dengan jaringan penalti 4-3. (Sapa yg tak tau tu, teman rasa tu bukan jenis katak di bawah tempurung da aih. Spesis bawah kerak bumi da tu. hehe.) Jadi, anak buah coach Ong Kim Swee berjaya mempertahankan ibu segala pingat bagi temasya tersebut sehingga menyebabkan teman dan seisi keluarga terjerit, terlolong satu rumah. Congrats!


Mari lihat kesayangan hati teman. ;)

Fadhli Shas
(Terpikat saat dia tersenyum before nak buat sepakan penalti hari tu. Waduh!)

Nazmi Faiz
(OMG! So cuteee. Nasib lar muda daripada teman. Aish.)

Syahrul Azwari
(Berjersi 18. Angka 8 tu yg penting. >,<)

Muslim Ahmad
(Sahabat teman dok adore Encik Muslim neh. So, teman tak bole nak lebih-lebih sangat. hehe.)

Ini lar wajah-wajah yg berjaya mencuri tumpuan teman sewaktu debaran perlawanan hari tu. Eh, Syahrul Azwari injured time tu. Aku nengok dia time game dengan Indonesia jugak tapi game peringkat kumpulan A. Kan dia penjaring tunggal game tu. Hehe. What ever it is, permainan yg ditunjukkan oleh meke tu yg memang terbaik. Cayalah!


Hmmm...
Maaf ya Encik Zaquan sebab teman kian melupakan encik. Ngee.

Anyway, support lar skuad kebangsaan kita. Tak kira lar siapa pon coach or playernya. Jangan tika menang saja kita puji melambung-lambung. Bila kalah dicerca pula. Now, skuad Harimau akan berhempas-pulas untuk kelayakan Olimpik London 2012. Ya, meke tumpas dengan skuad Syria dengan jaringan 2-0. Tapi kita kena faham meke baru saja pulang dari Sea Games. Penat belum habis. Nengok lar Fadhli Shas. Sampai demam panas. Thats why dia tak turun beraksi dengan Syria. So, aku percaya game seterusnya dengan Bahrain Ahad ni akan lebih baik. Kemenangan sudah pasti menjadi buruan. MALAYSIA BOLEH! Haja, haja hoiti!


p/s : atennazri.blogspot.com Kepunyaan kawan teman yg baru menceburi bidang penulisan blog neh. Say welcome to Cik Poppy. Beliau lar yg dok adore Muslim tuh. Tak percaya nengok lar entry-entry yg beliau post. Hehehe. 


Adiosss...
Wednesday, November 23, 2011 0 comments

Pertempuran bermula!

Hype!

Lambat update cita. Exam da start pon. REAL STPM oke. Bukan test monthly, bukan trial. Tarikh-tarikh penting untuk aku berjuang mati-matian neh. Perghhh...




21/11/11 - PENGAJIAN AM 2
23/11/11 - PENGAJIAN PERNIAGAAN 1 & BAHASA MALAYSIA 2
24/11/11 - EKONOMI 1
29/11/11 - EKONOMI 2
30/11/11 - PENGAJIAN PERNIAGAAN 2
13/12/11 - PENGAJIAN AM 1
14/12/11 - BAHASA MALAYSIA 1

Apa-apa pun perang akan tamat 14 Disember 2011. Tapi sementara nak habis tu, ada gapes seminggu lebih lar. Takot tak tahan nafsu nak nengok OMBAK RINDU yg khabarnya keluar panggung 1 Disember. Adoih. Sempat pk nak nengok wayang lagi nih. Aish... Anyway, hope tak akan ada lar garuan kepala yg tak gatal semasa menjawab soalan. >,<

Sampai ketemu lagi. Daaa~~

Tuesday, November 1, 2011 0 comments

Menghitung hari...

20 days...
* STPM just around the corner. hmmm...
Wednesday, October 19, 2011 0 comments

OMG!

 33 days...

 
;