Thursday, December 1, 2011

Sang suami & sang isteri

Assalamualaikum. ;)

Aku telah pun sedia maklum dengan perkhabaran mengenai perkahwinan Zahiril & Shera. Kalian juga begitu, bukan? Tapi, yg menjadikan aku seorang manusia yg pelik saat ini, apahal aku nak sangat post entry fasal merpati 2 sejoli tu. Wedding of the year ka? Ayuh, kita lihat.

Celebration of love. (Aku suka)

Ah! Itu semua aku tak ambil pusing sangat. Kad jemputan yg unik, yg style senang saja nak buat, nak jumpa. Gaun pengantin juga begitu. Setuju?

Penglihatan aku sebenarnya lebih tertumpu kepada mereka berdua. Bukan pada tarikhnya, majlisnya, bajunya atau apa sekali pun. Ya. Mereka sangat sweeetttt! Itu yg menarik-narik aku untuk google foto-foto wedding dan juga pre-wedding mereka.




Nah. Memang Zahiril tidaklah smart sangat macam Henry Golding. >.< Memang Shera tidaklah glamor sangat macam Kim Kardashian. Tapi, pentingnya perhubungan itu kerana keikhlasan. Bukan paras rupa mahu pun taraf dan darjat.

Ha! Mari ke mari. Mahu aku tunjukkan ini...

Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.


Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.


Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.


Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta'ala
Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelangkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.




Sebenarnya ini yg aku nak pertontonkan sangat. Ya. Kejutan Zahiril buat Shera. Deklamasi puisi khas daripada sang suami kepada sang isteri. Aku pasti setiap isteri yg diperlakukan sebegitu rupa pasti dengan mudah akan menggugurkan linangan air mata bahagia. ;) Hayatilah puisinya itu, jangan sekadar mengeja dan membaca. Mendalam.

Baik. Selamat pengantin baru! ;)


p/s : Selamat Hari Lahir sahabatku, ATEN... <3

4 comments:

Hanis Nizam said...

Kalau I pun terharu T_T Hihi

afa rashid said...

Ya! btol tu. <3

Aten Nazri said...

memebuatkan aku asa nak kawen la entry ne . btw , thanks babe <3

afa rashid said...

Ha! tunggu lagi. yeah. welcome my dear.

Post a Comment

 
;