Salam! ;)
Kali ini aku tidak bercadang untuk bermukadimah panjang. Entri ini sekadar perkongsian aku bersama kalian. Hal yg tidak penting, perkara yg tidak mustahak dan itu, dan ini.
Pertama sekali, terima kasih banyak kepada anda-anda yg suka, yg geli, yg minat, yg menyampah dengan hasil karya aku selama hari ini (Konon glamor la neh). Terima kasih itu untuk anda-anda yg susah payah buka album merapu dan merepek dalam FB aku semata-mata untuk membaca isi di dalamnya (Ada ka?). Terima kasih sekali lagi kepada yg memuji, yg mengkritik, yg menyokong dan sebaliknya. Anda-anda buatkan aku menjadi aku seperti hari ini. Sudah.
Masalah tak timbul untuk aku menulis waima kadang ada. Tapi masalah timbul bila ada yg bertanyakan nama-nama besar dalam bidang yg sama pada aku. Sungguh. Aku buta dalam mengenali nama-nama besar itu. Cubalah kalian buat soal jawab bersama aku. Memang jawapan yg kalian dapat ialah muka bodoh dan sengal aku. Memang kadang aku menjadi seorang yg pemilih. Ada yg aku suka dan aku tak suka. Alasannya bukan aku bongkak untuk mengenali mereka, tapi masih di aras pucuk. Masih belajar. Amaran. Ini bukan sekadar satu justifikasi ya. Ini benar.
Tapi, aku mengaku. Kadang aku tak paham pun puisi-puisi, sajak-sajak yg aku baca. Maybe sebab bahasanya terlalu dalam untuk aku paham atau aku memang bangang untuk paham. Ya. Hari ni aku kutuk sendiri. Kalian boleh tanya naskhah-naskhah bidang ini yg aku kumpul. Jawab aku, 0. Aku tidak mengumpul. Ya. Memang aku bukan seorang pengkarya yg sejati. Kalian boleh juga katakan aku tidak layak untuk dikategorikan sebagai seorang pengkarya. Benar. Aku setuju itu.
Aku menulis untuk aku. Aku menulis untuk kepuasan aku. Aku menulis untuk majukan penulisan aku. Aku menulis untuk berkongsi serba sedikit. Aku putuskan untuk tidak mahu menulis untuk meraih nilai dunia. Aku tidak mahu menulis untuk mengejar gelaran semata.
Aku mencari...
Kehilangan kata. Sudah habis. Daaa~~

p/s : Teater SHORTEYES di PenangPAC, Straits Quay. Hari ni dan esok sahaja. Aku berminat tapi ...
0 comments:
Post a Comment