Salam sejahtera. ;)
Maaf andai pembuka bicara aku kali ini sedikit sebanyak membangkitkan rasa mual kalian. Aku tidak bermaksud mengalu-alukan maki hamun, jerkah, herdik dan ludah kalian di sini. Aku cuma baru disuntik picagari yang berisi kesedaran. Kesedaran bahawa aku semakin jauh daripada diri aku yg dahulu.
Ya. Awalnya aku lebih selesa memuntahkan cerita-cerita aku secara santai di sini. Penulisan aku ringkas dan pembacaan pun lebih ringan. Namun, konsep sebegitu bersepah dengan sekali klik.
Tapi, sebentar tadi mata aku terkebil-kebil melihatkan satu puisi istimewa daripada seorang manusia kepada manusia lain. Aku terpana. Sungguh. Lantas, aku melarikan jari jemari aku menekan abjad-abjad yg aku kehendaki di keyboard. Sebentar. Aku bercerita pendek di muka buku aku.
Aku tercari-cari cerita-cerita penulisan manusia itu. Aku takjub. Sungguh. Bahasanya kasar tetapi berseni. Keadaan itu justeru menimbulkan rasa berbahasa aku membuak-buak setelah Fynn Jamal berhasil melakukan perkara yg sama pada aku suatu masa dahulu.
Mulanya aku berkira-kira. Tapi, tak mengapa. Aku belajar untuk lebih bersederhana. Mungkin setiap entry yg aku postkan tidaklah 100% rupanya sebegini. Ini kerana aku tidaklah semahir si pujangga yg bijak berkata-kata. Benar? ;)
Menulis bukan kerana terpaksa.
Menulis bukan kerana populariti semata.
Menulis kerana cinta untuk berkarya.
Daaa~~
![]() |
Foto lama aku pertontonkan kembali. <3 |
Menulis bukan kerana terpaksa.
Menulis bukan kerana populariti semata.
Menulis kerana cinta untuk berkarya.
Daaa~~
p/s : Puisi. Aku rindu.