Friday, January 29, 2016 0 comments
Susur galur aku daripada adam hawa,
Tapi aku mungkin antara manusia paling hina,
Yang tiada selayaknya pada sesiapa.
0 comments

Wah!

Setiap orang itu ada baiknya sendiri, ada celanya sendiri. Tak ada satu orang insan pun yang punya sempurna diri.

Jadi diri sendiri, tak semua boleh terima. Ikut jadi seperti yang lain, dibilang pura-pura. 

Dilontar lantang suara, dikata tak sopan. Dilompat terkinja-kinja, dikata tak punya adab. 

Yelah, duduk bersimpuh itu ayu, berselfie tayang senyum itu manis, berbaju kurung, kain batik itu santun. Wah!
Sunday, January 24, 2016 0 comments

Jalan keluar

Masalah itu datang dari pelbagai sudut. Baik kecil mahu pun besar. Ia tetap dibilang masalah. Ia terpulang pada kau, mahu kategorikan masalah sendiri itu yang bagaimana. 

Ya, kadang masalah itu boleh buat kau terduduk berlinang air mata. Kau fikir masalah kau paling berat antara semua. Sampai kadang kau jadi pendek akal.

Sedih. Siapa yang tak? Bila masalah terjelepuk di bahu kau. Tapi, tiada masalah yang tiada jalan keluar. Tugas kau mahu keluarnya bagaimana. Sujud pada Dia bila-bila masa. Fikir dan fikir. Jangan hanya tahu nangis. 
Saturday, January 23, 2016 0 comments
Kita selalu nak orang faham kita. Tapi, ada kita cuba nak faham orang lain juga?

Sit, and think again. 


 
;