Sunday, January 5, 2014 0 comments

Sesama manusia

Assalamualaikum.

Awal pagi begini bertemankan 2 sachet kafein. Niat mahu menelaah tertangguh. 'Soul'nya hilang pergi entah ke mana. Keep calm. 

Sekadar perkongsian. Daripada penglihatan kaca mata.

Rasa sakit dan perit yg bertandang buatkan kita lebih kenal apa itu hidup yang sebenar. Makin lama nyawa berhembus, makin berbukit pengalaman yg kita ada. Jika dilihat pada realiti, kita tak bisa puaskan hati setiap kepala. Itu jelas. Kenapa? Kerna kita ini rambutnya sama hitam, hati lain-lain. Pemikiran kita tak sama. Sebabkan itu, ada yg bermasam muka atau tak bertegur sapa. 

Entah lar. Acap kali dibilang hidup ini seperti roda. Ada benarnya juga. Hidup kita tak sentiasa berada di atas. Jadi, waspada bila kelak jatuh terjelepuk. Hari ini orang bergesel-gesel dgn kita, mungkin dengan apa yg kita ada kini. Esok, lusa? Habis madu sepah dibuang. Haha. 
 
Benar hidup melangkah berseorangan atau dalam erti kata yg lebih mudah di'pulau'kan itu sunyi. Tapi, optimis itu penting. Lagi pun, panjatkan rasa syukur atas apa yg menimpa. Anggap ia satu proses berdikari. Sebab dengan nikmat yg sentiasa berdamping, kadang buatkan kita lupa pada sang Pencipta, buatkan kita leka dengan dunia.
 
Hubungan dengan manusia, kita tak boleh memaksa. Asal sudah mencuba, itu tidak mengapa. Macam omputeh kata, 'just go with the flow'. InsyaAllah, dunia ini tempat sementara. Rebut peluang tika masih berkesempatan, untuk terus mengenal makna diri.
 
Salam tahun baru. 2014
Friday, December 27, 2013 0 comments

Siap-siaga

Kalau sudah ada berkenan di hati,
buatlah persiapan diri,
juga rohani.
Nanti tak ada lah yang gigit jari,
mahu 'Meraung' lagu yang bakal dinyanyi. :) 

Sang lelaki,
pitis biar cukup buat mengewangi.
Si sunti,
ingat bangun awal pagi.
Masing-masing dah besar.
Tanggungjawab harus sedar.
Baru keluarga kelak bahagianya mekar. :)


Sumber foto: https://www.facebook.com/mukhrizlatif.udeyismail

0 comments

Tawakal

Kita selalu mohon yang baik-baik untuk hari ini.
Hari esok.
Dan untuk hari-hari yang depan.
Tapi ada kita pikir baik yang kita minta tu sepadan dengan baik yang telah kita buat.
Kadang ada yang mohon baik setakat di mulut.
Setakat kumat-kamit tanpa ada lanjut.
Setakat ngadah tangan tanpa sujud.
Apa itu dah cukup baik?
 


Wednesday, December 25, 2013 0 comments

Christmas Tree

Tinggi.
Dongak lihat bintang.
Aku panjat.
Pegang dahannya buat sokongan.
Patah.
Tersembam.
Lebam.
Susah.
Payah.
Cuba semula.
Perlu sampai atas.
Sampai gapai bintang sinar.
Baru nampak hasil cuba.
Baru dikata berjaya.

 
;