Thursday, October 24, 2013 0 comments

Cenderung

Kalau bicara tentang minat ini, ceritanya takkan habis. Mulanya daripada A akhirnya dengan Z. Kalau ada abjad untuk disambung, bersambung jugalah ceritanya. Minat tu kalau diperinci, diteliti dengan bahasa mudah kita kata suka lr. Apa yang kau suka? Apa yang aku suka? Apa yang kita suka?

Minat itu luas. Setiap satu orang itu ada minat sendiri. Satu, dua, atau lebih minatnya. Mungkin ada yang berbeza, mungkin juga ada yang sama saja dengan orang lain. Ada orang yang minat sebab ramai orang minat. Ada orang yang minat sebab dah memang minat.

Minat menari, minat bercakap. minat menulis, minat artis itu ini, minat gaya itu ini. Ha. Minat lr tuh. Kegemaran kata orang.

Aku ini dalam keadaan terjerumus ke alam kpop. Di bangku sekolah menengah, layan saja drama2 korean di tv. Datang KL, berbaik dengan teman2 yang kepalanya penuh dengan ilmu2 kpop, buat aku turut sama terdedah. Mulanya dengan Runningman, terus dengan dengar lagu, tengok mv. Sekarang memang lagu korea dah ada dalam telefon bimbit. Siap boleh kenal sesetengah nama artis. Hebat? Tapi belum sampai ke tahap tegar lr.

Aku jugak disogok dengan gambar2 doodling di ig milik orang lain. Benda kalau dah cantik, siapa yang tak berkenan kan. Aku pun ada lr mencuba doodle dengan meniru hasil orang lain. Sekadar buat simpanan sendiri. Kerana diri belum mahir lagi.

Itu baru dua. Itu pun minat yang aku baru berjinak2. Kalau minat yang dah sejak azali, memang aku tak tahu berapa panjang entri ni kang. Bersusun jawabnya. Yang pasti, daripada minat akan mencerminkan sikap kita kata orang. Selain ianya berfungsi menjadi motivasi dalam diri dalam menghasilkan sesuatu dengan berkesan. Jadi, tak salah pun bab2 minat-meminati neh. Asal tak ke arah yang tak elok macam membazir masa, duit dan sebagainya. Cenggitu lar cerita dia.
Thursday, August 15, 2013 0 comments

Macam chipsmore

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri sebelum ini adalah entri pada beberapa bulan yang lepas. Masalah teknikal yang aku terpaksa berdepan untuk membuka akaun blog aku ini menyebabkan akaun aku sepi dengan enrti-entri baru. Ya, aku memang spesis yang hangat-hangat tahi ayam. Tapi hangat-hangat tahi ayam aku lain sikit. Haha. Aku kalau dah minat sesuatu benda tu, memang jenis tahap minat sungguh lar. Kalau jemu pun, aku takkan berpaling daripadanya, cuma berdiam sahaja. Macam situasi sepi dalam blog ni. Boleh nampak bahasa aku pun dah semakin teruk, dah tunggang-langgang. Sebab? Dah jarang sangat menulis. Menulis pun untuk assignment yang pastinya dalam bahasa Inggerislah. Buku-buku puisi aku dibeli tanpa membaca. Aku membeli dan terus membeli, tapi bacanya memang harem lar. Payah betul aku nak membaca sekarang ni. Novel jangan cakap lar, memang sah-sah jauh daripada pandangan mata ni. Habis, apa yang aku buat? Aku pun tak pasti apa benda lar yang aku buat di kala waktu senggang. Rasanya tidur kot. Haha. Tak pun makan. Haihhh. Aktiviti wajib tu semua. Lumrah lar hidup seorang student bersengkang mata malam-malam buta sampai ke pagi-pagi buta. Aku pun tak lepas daripada semua tu. Sebab tu aku suka tidur, sebabnya aku akan redeem balik tidur aku yang kurang tuh. Ngeh3. 

Alhamdulillah. Aku sudah pun berada dalam sem kedua dan sekarang aku menanti untuk menduduki final exam. Memang terbaik sangat final exam dalam mood raya ni. Buku harap saja bawak balik rumah, padahal dalam beg tak reti-reti bawak keluar. Haha. Sebut pasal raya, aku disyaki denggi. Itupun kawan aku yang menggesa aku suruh buat check up. Sebab simptomnya memang dah ada. Disuruh tahan wad memang taklar. Esok nak raya weh. Siapa yang nak raya kat hospital?



 Disebabkan itu, aku terpaksa follow up tiap-tiap hari kat hospital. Kena ambik darah semua. Aduh. Sampai balik raya Teluk Intan pun, kena pergi hospital jugak. Memang spoil mood raya. Puihhh. Tapi, alhamdulillah aku rasa dah semakin kuat even sepatutnya masih lagi diharuskan ke hospital. Aku endahkan saja dan percaya dengan tahap kesihatan diri sendiri ini. Tak larat lar hari-hari ambik darah. Haha.

Haish. Konon nak stay up untuk study. Ni study sungguh lar. InsyaAllah ada umur yang panjang, entri baru akan wujud dalam blog ni. Salam Aidilfitri.

Thursday, February 21, 2013 0 comments

Sekian lama...

Assalamualaikum.

Agak kekok untuk aku mulakan di sini. Selepas entah berapa bulan coretanku tiada di sini. Disebabkan keterbatasan waktu. Disebabkan jiwa menulis yang berlalu pergi. Itu tidak penting. Kerna aku disini kerana aku, bukan orang lain. Ya.

Aku kini sudah menjalani haluan hidup yang agak berbeza. Jauh daripada ibu dan abah. Jauh dari negeri kelahiran. Jauh dari negeri membesar. Tapi alhamdulillah. Dekat jugak aku dengan temanku. Syukur. Bersama teman lama dan teman baru, aku dapat menjalani hari-hariku dengan baik.

Moga tiga tahun aku di sini, di kota raya nan sibuk ini, aku masih seperti diri aku. Moga tiga tahun aku di sini, aku berjaya menjadi seorang yang terpelajar. Semoga!

Aku undur diri. Doakan aku akan hadir lagi untuk di lain entri.    


Sunday, April 22, 2012 0 comments

Terima kasih Allah.

Dengan apa yg anda ada kini, anda tetap mendengus tidak puas. Mengeluh minta lebih. Oh ya! Bukan anda saja. Aku juga. Kita semua.

Tetapi cuba kau renung dalam-dalam. Fikir jauh-jauh.

Bersyukur kita masih mampu menjamah makanan yg kita mahu. Dibandingkan dengan mereka yg kebuluran, yg berebut cuma untuk sesuap nasi. Sekeping roti.

Bersyukur kita adanya tempat berteduh siang malam. Hujan panas. Dibandingkan dengan mereka yg tidurnya bertilamkan kotak, berbumbungkan jambatan.

Bersyukur kita punya wang untuk beli itu ini. Dibandingkan dengan mereka yg bermuka kasihan menghulur bekas mengemis seposen, dua posen.

Bersyukur kita bebas bergerak ke sana sini. Dibandingkan dengan mereka yg menjadi pelarian tak tahu arah tuju.

Bersyukur kita selesa menjalankan tugas sebagai hamba-Nya disini. Dibandingkan dengan mereka yg di-anti, dicemuh dengan pegangan agama yg satu disana.

Dengan apa yg anda ada kini, ia dikira baik bukan? Tidak sebaik yg anda impikan, tapi baik lar jugak kan.
Panjatkan syukur kepada-Nya kerna kita hamba-Nya yg bertuah hidup di bumi Tanah Melayu ini.

p/s : Selamat hari ulangtahun ke-47 abahku. Moga dipanjangkan umur dengan kesihatan yg baik dan dilimpahkan dengan rezeki yg berterusan. InsyaAllah.
 
;