Wednesday, December 28, 2011 0 comments

Entri ini berkenaan busana...

Salam! ;)

Entri kali ni tiada contengan kata-kata yg berjela. Sekadar foto-foto untuk tatapan. Actually, aku ada kata dalam entri sebelum ni yg aku akan buat entri pasal dream wedding aku. Tapi bila aku pikir-pikir balik, rasa macam bodoh lar pulak. Sebab rasanya masih terlalu awal untuk aku pikir benda-benda tu semua kan. So, tak payah lar aku buat entri tu. Kalian pun tak payah lar bertanya apa lagi meminta. Hehe. Sebagai ganti aku postkan entri pasal dress dan gaun yg aku suka lagi cantik neh, sumbangan Encik Google. Kira boleh lar ea? >,<

 















Ya. Aku suka lace dress. Cantik kan. Haha. Oke. Sampai sini saja. Jumpa di lain entri.

Daaa~~
0 comments

Wordless Wednesday


;)


Wednesday, December 14, 2011 3 comments

Pengapit-pengapit

Salam sejahtera. ;)

Maaf. Entri ini panjang. Panjang dengan kata-kata. Panjang dengan foto-foto. Berhenti bila kalian rasa bosan. Cukup. 

Bukan pengapit pengantin yg aku uar-uarkan. Bukan juga pengapit peribadi a.k.a bodyguard yg aku bisingkan. Tapi, pengapit-pengapit yg tidak perlu aku keluarkan modal untuk aku kerjakan. ;) Pengapit-pengapit ini setia di sisi kiri dan kanan aku tidak kira pada waktu aku tinggi di atas atau tergolek di bawah. Ya. Pengapit-pengapit yg akan jarang untuk berhubung seperti selalu kelak. Tapi, satu cetusan memori bersama masakan aku akan lupa semua itu. Yg pasti mereka pernah menjadi pengapit aku yg digam rapat-rapat waima tidak lagi untuk waktu hadapan.










 













"Kawan, membawa 1 maksud yg besar. Terkenangkan budak yg nakal, budak yg rajin belajar, pertama kali didenda oleh cikgu dan banyak lagi peristiwa gembira yg berlaku masa bersekolah. Bila dah dewasa, banyak benda kita lalui masa kecik akan hilang dan masalah pulak akan bertambah. Kenkadang ada masanya kita akan terkenangkan kenkawan yg dah lama kita tak jumpa. Mungkin keadaan dah berbeza tapi apa yg telah kita lalui akan sentiasa menjadi memori, memori yg paling indah sekali." 
- UNDER AGE, ZINT -

Ouh ya! Aku sempat conteng-conteng di buku aku masa tengah tak ada paper hari tu. Ni hasilnya...

Kelmarin, 
kita saling bergelak tawa,
bergurau senda,
berduka lara,
bertelingkah pendapat,
berperang dingin.
Kelmarin, kelmarin, kelmarin...

Para pengapitku,
rasanya baru kelmarin kita berjalan menuju ke kantin.
Rasanya baru kelmarin kita ke library bersama-sama.
Rasanya baru kelmarin kita lepak di Nasmir.
Rasanya baru kelmarin kita beraya ke sana ke mari.
Rasanya baru kelmarin kita berjumpa Mr. Poppy.
Rasanya baru kelmarin kita sibuk memilih bangle yg sama.
Rasanya baru kelmarin kita bertegur sapa.
Rasanya baru kelmarin kita saling mengenali,
Semuanya aku rasakan seperti baru sahaja berlaku kelmarin.
Mahu aku catatkan semuanya,
takut kalian pula yg jemu membaca.
Itu semua hanyalah kelmarin.
Hari ini, esok, lusa, tulat,
terasa sukar untuk kita berkumpul bersama,
kerana membawa haluan yg berbeda.

Para pengapitku,
tak kira berapa kilometer pun menjadi pemisah,
kalian tetap di hati kecilku ini,
bersama momen yg besar belaka.

Ingatlah,
saat dan minit kita pernah bersama,
tak akan luput seiring dengan detik yg berlalu.
Kerana kalian pengapit-pengapitku,
KITA KAWAN SAMPAI MATI.
InsyaAllah.


p/s : STPM sudah melabuhkan tirainya hari ini. Untuk aku lar. Budak Science belum habis. Hmm. Salam selamat SMKSE!



Sunday, December 11, 2011 0 comments

Dua suku kata

Maafkan aku.
Atas bahasa tajam yg aku hamburkan.
Atas gerak geri yg aku perlakukan.
Atas nasihat yg aku perturunkan.
Atas pendapat yg aku utarakan.
Atas manik jernih yg aku linangkan.
Atas diksi yg aku coretkan.
Jika kalian berasa benci dengan semua itu,
jika dengan semua itu kalian terasa terganggu.
Maafkan aku atas keterlanjuran yg berlaku.
Maaf.


 
;