Thursday, December 24, 2015 0 comments

Pergi

Kalau kau tahu ianya akan beri rasa sakit, kenapa kau cuba? Kenapa kau mula? Kalau kau sudah rasa sakit, kau pikir yang satu lagi tidak?

Kau perit? Jika kau taknak rasainya, usah kau datang mampir lagi. Munculkan diri seperti hari2 biasa. Kau boleh pergi. Bawa rasa perit kau itu, jauh selagi boleh. Mungkin dapat kau temu gula2 manis buat singkir semua perit yang ada, semua sakit yang ada, semua pahit yang ada. 

Pandailah disini nak jaga hati sendiri. Tahulah. 

Pergi.
Wednesday, December 23, 2015 0 comments

Tulus

Bismillahirrohmanirahim.








Sumber: ig

Sudah lama mahu aku karang tentang mereka. Tentang dia di sana dan tentang dia yang masih di sini. 

Aku bukan teman rapat yang kenal benar mereka dua. Hanya melalui ruang sosial yang mudah untuk viral dan tahu semua benda. Bermula dengan kisah si hawa yang ditimpa kecelakaan. Dengan si adam tak putus iring harap serta doa di ig.

Betapa tulus rasa si adam, sayangnya, rindunya masih bersama dengan si hawa yang jauh di sisi Ilahi. Tanpa jemu terus bersama dan mengiring si hawa dalam doanya. Ya ampun. Sebak itu selalu ada waima aku hanya membaca, hanya melihat setiap kali di'scroll' ig si adam. Itu rasa aku yang bukan siapa2. Bayangkan si punya tuan badan yang alaminya. Allahuakbar.

Hmmm. Aku mahu rasa yang seperti itu. Tapi, aku cuba soal diri aku sendiri, mampu atau tidak aku menyayangi kesayangan aku seperti itu. Aku taktau. Yang aku mampu, hanya mohon dititipkan rasa2 yang bersarang dalam hati ini, rasa yang benar. Biar aku mengingatinya tanpa lupa kepadaMu, biar aku sayangnya tanpa lebih daripadaMu. Dimohon yang sama juga rasa yang ada padanya ke aku. Mohon diiring redhaNya dalam setiap apa yang jadi. Amin.

Al-Fatihah...
Friday, December 18, 2015 0 comments

Yang mana satu

Manusia ini pelbagai. Rambut pun sudah tak sama hitam, inikan pula hati yang jauh di dalam. 

Di bibir bicaranya tak mengapa, di hati terguris terasa.

Dilihat diam bersahaja, padahal terpendam galaunya jiwa. 

Kata-kata daripada bibir biasa saja, di laman sosial di'share' rasa yang meronta. 

Mahu dimengertinya yang mana satu?
Monday, December 14, 2015 0 comments

Observasi

Untuk setiap pertemuan dengan insan-insan baru, aku tak bisa tutur lebih. Jika mau bilang aku sombong, ya, silakan. Aku sudah lali mendengarnya. Kerna itu observasi pertama orang terhadap aku. Well, it's normal.

Kau baru pertama kali jumpa orang, baru kenal nama. Kau boleh buat sembang ramah macam dah kenal bertahun-tahun. Oh, itu bukan aku. Aku cukup sekadar senyum.

Kita tak boleh salahkan orang tentang observasi mereka yang pertama itu. Sebab, kita jugak punya observasi pertama terhadap orang lain yang mungkin jauh daripada benar. Kau baru kenal orang ni sehari, kau kata dia gedik. Lepas berhari-hari, berminggu-minggu kenal, baru kau tau dia baik hati. Kau tak rasa dosa ke? Haha.

Ya, kita perlu masa untuk kenal orang. Dalam-dalam. Sebab benda ini complicated dan pelbagai orang, pelbagai ragam. Kau kena faham itu. Kau minta orang faham kau, tapi kau jugak perlu cuba faham orang lain dulu. Well, beralah tak semestinya kalah. Kan?
Sunday, December 6, 2015 0 comments

Humble soul

Sumber: FB Cikgu Solehah

Lihatlah. Kita bukan siapa2. Bukan kenalan, apatah lagi sahabat handai. Yang mengenalinya luar dalam. Tapi, betapa Dia memuliakan umatNya, ditarik pergi, meninggalkan rasa kehilangan ke pelusuk jiwa2 di sini. Ya, doa. Itu saja yang mampu dikirim. Buat dia yang rendah diri, buat dia yang kuat semangat berperang kondisi diri, buat dia yang tidak meletak status di tempat paling tinggi.  Allahuakbar. May The Most Merciful have mercy on his humble soul. Amin.
0 comments

Al- Fatihah

Jiwa tersesak dgn khabar pemergian satu demi satu umatMu ditarik pergi. Yg tinggal sini menanggung rasa pedih tak terperi. Rasa sugul bersimpati, rasa kehilangan yg abadi. Tapi kami masih leka, masih lalai ya Allah. Masih bersenang dgn duniawi. Masih belum mahu mengerti. Betapa Engkau mahu tunjukkan ke kami yg mati itu pasti. Mahu beritahu, kami jugak akan menyusul nanti. Takziah.
Thursday, December 3, 2015 0 comments

Terlalu

Bagi setiap rasa yg ada, aku tak upaya untuk cerakinkan ia menjadi susunan kata yang indah. Kata2 yang bisa membelai jiwa kamu untuk merasa sayang. Daya aku cuma setakat jaga terus semat ianya biar tak kemana. Tapi percayalah, setiap waktu yang terlintas menghuni ruang fikir aku itu ada kamu. Dan berlarutan hari2 aku itu menagih waktu kamu. Kerna aku terlalu...
 
;