Wednesday, December 23, 2015

Tulus

Bismillahirrohmanirahim.








Sumber: ig

Sudah lama mahu aku karang tentang mereka. Tentang dia di sana dan tentang dia yang masih di sini. 

Aku bukan teman rapat yang kenal benar mereka dua. Hanya melalui ruang sosial yang mudah untuk viral dan tahu semua benda. Bermula dengan kisah si hawa yang ditimpa kecelakaan. Dengan si adam tak putus iring harap serta doa di ig.

Betapa tulus rasa si adam, sayangnya, rindunya masih bersama dengan si hawa yang jauh di sisi Ilahi. Tanpa jemu terus bersama dan mengiring si hawa dalam doanya. Ya ampun. Sebak itu selalu ada waima aku hanya membaca, hanya melihat setiap kali di'scroll' ig si adam. Itu rasa aku yang bukan siapa2. Bayangkan si punya tuan badan yang alaminya. Allahuakbar.

Hmmm. Aku mahu rasa yang seperti itu. Tapi, aku cuba soal diri aku sendiri, mampu atau tidak aku menyayangi kesayangan aku seperti itu. Aku taktau. Yang aku mampu, hanya mohon dititipkan rasa2 yang bersarang dalam hati ini, rasa yang benar. Biar aku mengingatinya tanpa lupa kepadaMu, biar aku sayangnya tanpa lebih daripadaMu. Dimohon yang sama juga rasa yang ada padanya ke aku. Mohon diiring redhaNya dalam setiap apa yang jadi. Amin.

Al-Fatihah...

0 comments:

Post a Comment

 
;