Friday, April 24, 2015 0 comments

Ke depan dan berdepanlah.

Suddenly, I'm thinking of abah and ibu. Miss to kiss their both cheeks. Suddenly! Maybe that's what we call 'homesick'. This is the first time I feel that way for the third year of my degree. Which, lead me to sleep with teary eyes and blocked nose last night. Hmm...

Tau kenapa?

Aku lagi memikirkan masa depan sebenarnya. Ya, benarlah. Hidup perlu tiasa ke depan. Tapi, memikirkan tentang ke depan, rasa gentar takkan lari daripada jiwa. Gentar menyelubung memikirkan perjalanan, kehidupan, pertemuan, perpisahan, perkahwinan, kehilangan dan kematian. Itu semua kau takkan bisa lari walau kau yakin kau sehebat Usain Bolt. Hmmm...

Memikirkan semua itu, yang pertama terjah ke akal aku adalah abah ibu aku. Secekal mana hati aku ini, aku tak rasa cekal aku itu mampu menanggung rasa kehilangan dua orang insan ini. Bukan aku meminta, jauh sekali berdoa. Apa jenis anak jika mendoakan sedemikian rupa. Heh.

Abah baru beberapa hari menjangkau ke usia 50. Ibu baru beberapa bulan menjangkau ke usia 44. Mengenangkan itu, hidup ini semakin hari semakin tua, semakin berusia. Fikirlah, apa sangat yang aku dah beri, sumbang dan hulur buat dua orang ini pada penghujung usia 22 aku ini.

Setakat ini, aku hanya mampu sedekahkan doa. Biar abah ibu sentiasa bahagia, ceria dan sihat sentiasa. Amin. Aku mungkin bukan anak yang membanggakan seperti anak-anak lain yang cerdik lagi hebat. Tapi, biarlah sekurang-kurangnya aku mampu tanggung mereka berdua kelak dan biarkan mereka meniti hari tua mereka dengan menghadap si Dia. InsyaAllah.

Kita bukan siapa-siapa yang bisa predict the future. Aku tak ada kuasa begitu. Kau, dia dan mereka juga begitu. Tadahlah tangan mohon doa yang baik-baik. Kerna itu yang kita bisa selepas usaha. Selepas itu, bertawakallah dengan apa-apa yang mendatang. Ini bukan ceramah, tazkirah atau usrah. Kerna aku perempuan biasa-biasa tidaklah alim malah muslimah yang bijak bicara tentang agama. Dengan itu, kuatkanlah hati dan berdepanlah dengan realiti yang penuh duri juga teruslah mengasihani your both parents while you can. 

Lots of love,
Puteri En. Rashid dan Pn. Roba'ah...


 
;