Assalamualaikum.
Awal pagi begini bertemankan 2 sachet kafein. Niat mahu menelaah tertangguh. 'Soul'nya hilang pergi entah ke mana. Keep calm.
Sekadar perkongsian. Daripada penglihatan kaca mata.
Rasa sakit dan perit yg bertandang buatkan kita lebih kenal apa itu hidup yang sebenar. Makin lama nyawa berhembus, makin berbukit pengalaman yg kita ada. Jika dilihat pada realiti, kita tak bisa puaskan hati setiap kepala. Itu jelas. Kenapa? Kerna kita ini rambutnya sama hitam, hati lain-lain. Pemikiran kita tak sama. Sebabkan itu, ada yg bermasam muka atau tak bertegur sapa.
Entah lar. Acap kali dibilang hidup ini seperti roda. Ada benarnya juga. Hidup kita tak sentiasa berada di atas. Jadi, waspada bila kelak jatuh terjelepuk. Hari ini orang bergesel-gesel dgn kita, mungkin dengan apa yg kita ada kini. Esok, lusa? Habis madu sepah dibuang. Haha.
Benar hidup melangkah berseorangan atau dalam erti kata yg lebih mudah di'pulau'kan itu sunyi. Tapi, optimis itu penting. Lagi pun, panjatkan rasa syukur atas apa yg menimpa. Anggap ia satu proses berdikari. Sebab dengan nikmat
yg sentiasa berdamping, kadang buatkan kita lupa pada sang Pencipta, buatkan kita leka dengan dunia.
Hubungan dengan manusia, kita tak boleh memaksa. Asal sudah mencuba, itu tidak mengapa. Macam omputeh kata, 'just go with the flow'. InsyaAllah, dunia ini tempat sementara. Rebut peluang tika masih berkesempatan, untuk terus mengenal makna diri.
Salam tahun baru. 2014