Saturday, December 13, 2014 0 comments

Tolak ansur?

Persepsi orang itu pelbagai, belajar terima setiap perbedaan. Kerna kau tak boleh nak ikut kepala sendiri setiap masa dan kepala kau tu, tak semestinya sentiasa benar. 
Wednesday, December 10, 2014 0 comments

Buat kau.

Buat kau. Ya, kau.
Huluran yang kau suakan itu, biarlah huluran yang benar-benar. Bukan sekadar mainan dalam diari buaya buat kau lakar. Jangan hanya koleksi 'title' teman wanita yang entah ke berapa kau kejar.
Jangan kau tabur ayat manis, kau bilang rasa sayang, lantas kau berlalu pergi bak angin menyepi dan terkontang-kanting aku sendiri. Kau tinggal aku bersama soalan yang perlu aku cari jawapannya sendiri. Kau buat aku berjalan membawa beban di bahu tanpa kau di sisi. Kau bikin aku gentar dengan hidup yang depan penuh ranjau berduri. Kau jadikan aku fobia dengan rasa sendiri. Jangan sesekali.
Jangan kau buat aku percaya adanya luka, adanya air mata pada setiap rasa yang lahir dalam jiwa. Terus aku yang merasa terseksa, melewati hari dengan harapan palsu kau setiap masa . Kerna soalku nanti, sampai bila?
Sunday, November 16, 2014 0 comments

Masalah

Masalah. Semua orang punya masalah. Kecil mahupun besar, ia tetap masalah. Kau lari kemana pun, tetap kau akan bertembung dengan masalah lain. Sedarlah, kau perlu berdepan dengan masalah walau bagaimana sulit pun ia kau rasa. Berdepanlah dengan jiwa yang besar, hati yang terbuka, senyum yang lebar. Biar dapat kau tangkis segala kerisauan yang bergelumang dalam hati. Biar dapat kau hadap masalah dengan jalan selesai di hujungnya nanti.
Saturday, November 8, 2014 0 comments

Ada apa dengan Cinta ?

Tahun 2002, filemnya memberi impak pada ramai orang termasuk aku. Bergenre remaja yang memang sesuai ditonton oleh generasi seangkatan aku. Namun, memaparkan sisi yang berbeza berbanding cerita-cerita Indonesia lain yang pernah aku tonton. Karakter Rangga yang dingin dan ganteng serta karakter Cinta yang aktif dan berpuitis turut menjadi daya tarik filem ini untuk terus ditonton saban tahun. Tak lupa juga, karakter-karakter tambahan lain seperti Alya, Karmen, Milly dan Maura yang membentangkan unsur persahabatan. Bahagian yang paling mahal, lantas buat aku ketagihan untuk berulang kali menontonnya tanpa jemu ialah penerapan kumpulan puisi oleh Rako Prijanto. Dengan OST yang kena dengan cerita dan jiwa juga merupakan sebab filem ini menjadi kegilaan ramai. Tapi sayang seribu kali sayang, ceritanya berakhir dengan pengakhiran yang gembira tapi dalam pada masa yang sama tergantung.
Setelah sekian lama selama 12 tahun dalam perkiraan aku, AADC kembali dengan mini drama untuk aplikasi Line Indonesia. Cuba katakan siapa yang tak se'excited' aku apabila tau mengenai perkhabaran ini. Semua mahu tau kisah selanjutnya antara Rangga dan Cinta selepas satu purnama seperti yang dibilang Rangga dalam puisi tinggalannya pada Cinta sebelum ini. Dengan mini drama yang berdurasi 10 minit lebih ini, terungkailah kisah antara Rangga dan Cinta yang terpisah selama 12 tahun. Andddd... ya, happy ending is always be. :) Ternyata ianya mampu bikin semua penonton tegarnya tak keruan hingga tak tidur malam mungkin. Hehehe. Jelas di situ berapa dalam impaknya bukan? Aku juga masih tak 'move on' daripada sindrom AADC ni. Moga berlanjutanlah kisahnya ke filem menjadi AADC 2. Moga-moga. ;)

ADA APA DENGAN CINTA ? 2014

Adalah cinta yang mengubah jalannya waktu
kerna cinta waktu terbagi dua
denganmu dan rindu
untuk membalik masa .

Detik tidak pernah melangkah mundur
tapi kertas putih itu selalu ada
waktu tidak pernah berjalan mundur
dan hari tidak pernah terulang
tetapi pagi selalu menawarkan cerita yang baru
untuk semua pertanyaan yang belum sempat terjawab .
 
Wednesday, November 5, 2014 0 comments

Nescaya

Untuk melangkah ke fasa baru,
kau sendiri yang perlu kuat,
kuat untuk kuburkan memoir,
jangan sampai ada bau pun.
Meski kau tak mampu,
janganlah dimenung-menung,
janganlah dikenang-kenang.
Nescaya,
takkan majulah langkah kau itu.

Saturday, November 1, 2014 0 comments

Selamat membuat pilihan

Pilihan itu terletak pada tangan kau,
mahu cinta atau cita,
mahu luah atau pendam,
mahu percaya atau peduli,
mahu bahagia atau sengsara.
Terpulang pada kau,
mahu memilih atau pasrah.
Celaka bagaimanapun pilihan kau,
itu sebab salah kau.
Takut salah?
Macam mana kau nak hidup tanpa salah,
rangkalah sebaik mana percaturan kau,
1 daripada 10 akan tetap kau ketemu salah itu.
Selamatlah...
Friday, October 17, 2014 0 comments

'Sarcasm'

Benar sabar manusia itu ada had juga batasnya. Tak kira bagaimanapun ragam manusia lain yang kau berdepan, rasanya tak perlu kau balas kurang ajar itu dengan kurang ajar juga. Cukup kau gunakan bahasa santun tapi tembak terus kena jiwa. Lagi dalam kesannya aku rasa. 'Sarcasm', biar celik nilai kemanusiaan dalam dada juga minda.
Wednesday, October 1, 2014 0 comments

Oktober

Bangkit daripada segala rasa menggundah jiwa,
rasa sesal berduka cita.
Kita sebenarnya diselubungi warna,
yang ada ceria,
ada juga lara.
Hidup ini kan 'ferris wheel' dunia kata Amira Atiya.
Senyum dan air mata pendamping setia,
selagi kita masih bernyawa.


Tuesday, April 29, 2014 0 comments

Egois

Ego,
kalau dah bermaharajalela,
memang payah nak lentur.
Bila kepala dah 'set' aku betul, kau salah,
aku cakap, kau diam,
aku ngomong, kau dengar,
Habis.
Monday, April 21, 2014 0 comments

Abah

Ya Allah,
lanjutkanlah usia abah,
dengan tubuh yang sihat lagi gagah.
Biar dapat abah lihat anak-anaknya membesar melampias lelah,
memegang segulung ijazah,
bekerja, berkereta dan berumah,
merasa keluarga bertambah.
Biar dapat abah tersenyum berbangga megah,
atas setiap hamburan kata menyata marah,
atas setiap teguran mengawal langkah,
atas setiap sebat di tubuh anak-anaknya yang pernah singgah .
Tanda berbalas rasa kasih yang tercurah.
Amin.
Selamat hari ulangtahun kelahiran abah!


Wednesday, April 16, 2014 0 comments

Lumrah perempuan

Perempuan itu penuh dengan emosi.
Apalagi ketika menstruasi.
Jangan dibenci malah dikeji.
Bukan sengaja perilaku begini.
Dah memang hakikat nak jadi kat diri.
Cubalah faham wahai hawa yang tak mengalami.
Juga adam yang memang sah takkan merasai.
Ia cuma sebulan sekali.

2013
Tuesday, April 15, 2014 0 comments

Jangan Pandang Belakang!

Dalam hidup ni,
kita acapkali disogokkan untuk tiasa pandang ke hadapan,
supaya hidup terus maju.
Tapi cuba pikirkan kembali,
apakah menoleh sebentar kebelakang itu,
mundur maknanya hidup ini.
Pada aku,
itu bukan satu kepastian untuk percaturan hidup kita.
Itu hanya persepsi,
persepsi mereka-mereka yang gentar dengan kegagalan.
Kerana hidup mereka hanya mahu mengejar kejayaan tanpa rasa perit.
Mereka lupa rasa perit itu yang bisa bantu untuk lebih maju.
Kita toleh belakang, kita belajar, kita baik pulih salah silap yang lalu.
Kita perlu cuba.
Sebab hidup ini sebenarnya,
selagi kita tak berani mencuba,
selagi itu kita jauh daripada sempurna.




Saturday, March 29, 2014 0 comments

Raja pintu

Kau buka pintu sana,
kau cuba-cuba juga buka pintu sini.
Sana kau bilang rindu,
sini kau ungkap sayang.
Kau ulang-alik sana sini,
kau toleh-toleh sana sini.
Kau memang raja,
raja main pintu.
Saturday, March 15, 2014 0 comments

Jigsaw puzzle

Betapa hidup itu dikata rumit,
serumit kau selesaikan silang kata,
sudoku,
puzzle.
Setakat kau jengah,
kau kata susah,
lalu kau anggap sudah.
Kau belum pikir,
kau belum putar,
kau lari keluar.
Habis, kau rasa hidup kau sekarang jalannya senang?


Monday, February 17, 2014 0 comments

Weh!

Aku nak kalian tahu betapa rasa rindu kerap bertandang,
hingga bikin aku geram,
kerana masa kita sukar bersua muka,
kerana masa kita gagal berkumpul bertentang mata,
kerana masa kita kelu mengatur kata.
Buat kalian yang aku sayang,
aku rindu hampa,
rindu dalam-dalam.

ShafinazFadzilar.AmandaZakaria.AlinRashid
2009

Sunday, February 16, 2014 0 comments

Puppy love

Budak zaman sekarang bercintanya bukan main lagi,
ada yang kenal satu hari,
gaya dah macam sehidup semati.
Ada pula yang hingar sana sini,
konon itu cinta tanpa ganti.
Padahal dalam kocek penuh simpanan di kemudian hari.
Ada juga yang jenis songong tanpa rasa ngeri,
tak hirau segala ilmu pakihi,
'check in' malam ke pagi.
Nauzubillahminzaliq.


Saturday, February 15, 2014 0 comments

Terbang

Mengembara,
Buat kenal dunia,
Buat buka mata, celik minda,
Buat dekat dengan Pencipta.


0 comments
Tak salah kau sedia masa untuk mendengar.
Kerna dah memang telinga itu kerjanya mendengar.
Mata untuk melihat,
Mulut untuk mengumpat.
Apa kau istimewa sangat sampai telinga kau boleh melihat dan mengumpat?
Andai kau tetap keras kepala,
cuba percaya,
yang kau takkan kemana.
Sunday, February 9, 2014 0 comments

Jangan cuba!

Andai kau mahu menerobos ke ruangan kecil milik aku,
sebagai satu persinggahan,
sebagai satu perhentian,
hanya untuk waktu yang singkat,
aku mohon jangan.

Jangan kau paut,
kau tahan,
lalu kau lepas.
Jangan kau halakan busur,
kau lepaskan panah,
lalu kau cabut.

Kerna,
tubuh ini seakan disuntik pelali,
entah untuk berapa lama,
akan statik seolah mati,
terus jiwanya tandus tanpa nyawa.

Lebih baik kau pergi,
jangan hampir ke mari.
Saturday, February 8, 2014 0 comments

Favourite

Kumpulan puisi oleh Rako Prijanto dalam filem 'Ada Apa Dengan Cinta?'



(1) Minit 9:38
Ketika tunas ini tumbuh
Serupa tubuh yang mengakar
Setiap nafas yang terhembus adalah kata
Angan, debur dan emosi
Bersatu dalam jubah terpautan
Tangan kita terikat
Lidah kita menyatu
Maka apa terucap adalah sabda pendita ratu
Ahh.. diluar itu pasir diluar itu debu
Hanya angin meniup saja
Lalu terbang hilang tak ada
Tapi kita tetap menari
Menari cuma kita yg tau
Jiwa ini tandu maka duduk saja
Maka akan kita bawa
Semua
Karena..
Kita..
Adalah..
SATU

(2) Minit 14:38
Kulari ke hutan kemudian menyanyiku
Kulari ke pantai kemudian teriakku
Sepi… sepi dan sendiri aku benci
Ingin bingar aku mau di pasar
Bosan aku dengan penat
Enyah saja engkau pekat
Seperti berjelaga jika kusendiri
Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang ditembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan belok ke pantai

(3) Minit 27:32
Perempuan datang atas nama cinta
Bunda pergi karena cinta
Digenangi air racun jingga adalah wajahmu
Seperti bulan lelap tidur dihatimu
Yang berdinding kelam dan kedinginan
Ada apa dengannya
Meninggalkan hati untuk dicaci
Baru sekali ini aku melihat karya surga dalam mata seorang hawa
Ada apa dengan cinta
Tapi aku pasti akan kembali
Dalam satu purnama
Untuk mempertanyakan kembali cintanya
Bukan untuknya
Bukan untuk siapa
Tapi untukku
Karena aku ingin kamu
Itu saja


Sumber 
0 comments

Testing

Kalau kamu mengharapkan bibir aku sarat memadahkan rasa sayang pada kamu,
kamu silap pilih orang.
Meski layanan aku baik hingga bikin kamu salah tafsir,
meski layanan kamu mesra sama aku,
sayang tong hati aku tak diisi penuh dengan nama kamu.
Lagi sayang kalau cobaan kamu itu separuh jalan.
Hahaha.
Sangat sia-sia.

Friday, February 7, 2014 0 comments
Kalau dengan berdiri kau rasa tinggi
jangan lupa kadang kaki lenguh
kau perlu duduk
mata rasa ngantuk
barangkali kau perlu bergolek.
Kau pikir kau masih tinggi?
Apa kau betah tanpa ada rasa lali?
Kau cuba pikir 2 kali.
Sunday, January 5, 2014 0 comments

Sesama manusia

Assalamualaikum.

Awal pagi begini bertemankan 2 sachet kafein. Niat mahu menelaah tertangguh. 'Soul'nya hilang pergi entah ke mana. Keep calm. 

Sekadar perkongsian. Daripada penglihatan kaca mata.

Rasa sakit dan perit yg bertandang buatkan kita lebih kenal apa itu hidup yang sebenar. Makin lama nyawa berhembus, makin berbukit pengalaman yg kita ada. Jika dilihat pada realiti, kita tak bisa puaskan hati setiap kepala. Itu jelas. Kenapa? Kerna kita ini rambutnya sama hitam, hati lain-lain. Pemikiran kita tak sama. Sebabkan itu, ada yg bermasam muka atau tak bertegur sapa. 

Entah lar. Acap kali dibilang hidup ini seperti roda. Ada benarnya juga. Hidup kita tak sentiasa berada di atas. Jadi, waspada bila kelak jatuh terjelepuk. Hari ini orang bergesel-gesel dgn kita, mungkin dengan apa yg kita ada kini. Esok, lusa? Habis madu sepah dibuang. Haha. 
 
Benar hidup melangkah berseorangan atau dalam erti kata yg lebih mudah di'pulau'kan itu sunyi. Tapi, optimis itu penting. Lagi pun, panjatkan rasa syukur atas apa yg menimpa. Anggap ia satu proses berdikari. Sebab dengan nikmat yg sentiasa berdamping, kadang buatkan kita lupa pada sang Pencipta, buatkan kita leka dengan dunia.
 
Hubungan dengan manusia, kita tak boleh memaksa. Asal sudah mencuba, itu tidak mengapa. Macam omputeh kata, 'just go with the flow'. InsyaAllah, dunia ini tempat sementara. Rebut peluang tika masih berkesempatan, untuk terus mengenal makna diri.
 
Salam tahun baru. 2014
 
;