Sunday, February 19, 2012 0 comments

Legam

Maaf entri kali ini lebih kepada berbentuk luahan rasa. Baca kalau mahu.

Aku seorang. Ya. Aku tahu aku seorang di situ. Aku tak ambil pusing sangat. Tapi, kalau sampai bikin kepala aku pusing, ahhh... Aku hanya bisa diam. Mereka majoriti.

Aku bukanlah bersikap prejudis terhadap mereka. Aku boleh 'masuk' dengan semua. Tapi kau, semakin rancak, semakinlah lantang, semakin berdetam-detum lar jantung aku, semakinlah aku pening. 

Dok kecoh-kecoh, gelak-gelak. Mentang-mentang aku tak fasih. Kau kutuk aku kat belakang apa? Emm... aku tahu aku cuma menumpang. Tapi, tunjuk lar sedikit keprihatinan kalian tuh. Konon 1 Malaysia. Dahulukan lar bahasa kebangsaan. Kalau susah sangat, guna international language ja. Kalian kan puak yg expert dengan bahasa tuh. 

Dah tu, berkedudukan bersama mereka buat aku mengucap sentiasa. Pahala belum cukup aku kumpul buat bekalan di Padang Mashyar kelak. Jangan ikut kepala kau ja. Kalau ikut hati, mahu aku baling kelapa kat kau. (Sindrom PMS menyerang dah kot neh.) So, pikir-pikir lar weh. Pikir manusia-manusia 'dalam tuh'. Bukan sorang dua. Mahu sepuluh aku rasa.

Rasanya kalau lar kau ni berpendidikan waima hanya setakat sekolah rendah, kau tahu apa itu MORAL kan? Tak pon, rumah kau ada televisyen kan? So, selama kau menonton tuh, atleast mesti sekali kau ada jugak nengok iklan pasal nilai-nilai murni tuh. Tak kan tak terkesan langsung. Budi bahasa budaya kita! Tak payah nak rasa macho sangat dengan rekod km/j kau tuh. Bertimbang rasa oke.

Aku harap aku tak akan bersikap pesimis. Kalau tak memang dah aku angkat kaki. Niat aku mencari rezeki. Moga dapat bertahan. -___-

p/s : Kalau kalian faham dengan tajuk entri ini, kalian tahu ia ditujukan pada siapa.
Saturday, February 18, 2012 0 comments

Nama

Beberapa minit bersua muka dengan manusia-manusia yg baru kenal. Tak kira lar semasa temu duga, ketika berurusan, mahu pun semasa suai kenal, akan ada satu situasi yg sering aku berdepan. Benda kecik yg dijadikan isu. Ka aku yg perah santan terlebih sangat nak masak gulai. Hahaha. Mula dulu rasa macam bangga, tapi dah lama-lama jadi lali. Anggap normal.

Situasi 1 : Pak cik cool (PC)
PC : Alin Fahshalna Asyda. Sapa bagi nama neh?
Aku : Ibu.
PC : Amboi, payah nak sebut. Berbelit lidah. Esok nak kahwin jenuh laki nak akad.
Aku : (: (Senyum ada makna)

Situasi 2 : Pak cik separa warga emas (PE)
PE : Alin Fah... (Tak dapat sebut sampai habis)
Aku : (: (Senyum tak perlu kata apa-apa)
PE : Lebih tiga harakat da neh. Siap kena dengung.
Aku : ??? (Diam)

Situasi 3 : Abang hitam manis (ABM)
ABM : Sapa neh Alin Fahshalna?
Aku : (Terkejut sebab dapat sebut dengan betul dan lancar sekali) Saya.
ABM : Canggih nama. Eksklusif.
Aku : ... (No comment)
ABM : Ada maksud ka neh?
Aku : Ada. Cuma Asyda tuh tak sebab gabungan nama ibu nan abah.
ABM : Ouh.

Situasi 4 : Abang 'S' (AS)
Aku : Nama saya Alin Fahshalna Asyda Binti Rashid.
AS :  Ha? Alin apa?
Aku : Alin Fahshalna Asyda! (Separuh menjerit)
AS : Alin Fashalina Asida?
Aku : Bukan. A-lin Fah-shal-na Asy-da. (Slow motion)
AS : Ada maksud ka neh?
Aku : Ada.
AS : Maksudnya apa?
Aku : Alin-yg tinggi, Fahshalna-yg terperinci. Tapi Asyda tuh tak ada lar sebab combine nama ibu nan abah.
AS : Kamu ni detail ka?
Aku : Kadang lar.
AS : Ehmmm...

p/s : Dialog di atas nampak macam skema sikit disebabkan ia merupakan situasi yg formal oke.
Friday, February 3, 2012 0 comments

Dia

Aku gagahkan diri bangkit daripada mimpi waima masih dihambat rasa mahu lena. Kesejukan air pagi mengigit-gigit tubuh. Lantas, mencelikkan aku pada realiti. (Dok buat teruk! Bangun pun pukul 9.) ;) Seperti hari-hari biasa yg aku lalui, bangun pagi, gosok gigi, sapu sampah, blablabla. Bosan. Tapi, dalam bosan melakukan rutin harian tuh, terubat jugak dengan keletah budak yg sorang neh. Siapa lagi kalau bukan Si Firas Naufal tuh. Budak yg banyak cakap, yg semua benda nak buat sendiri, yg suka ajuk cakap orang, yg uh uh bushuk nk mampos, yg suka feeling habis bila nyanyi (lagu ibu ja pon), yg suka punggah barang-barang dapur buat main. Haihhh. Pening, pening. Tapi, tu lar. Pening, penat, tuh tak nampak. Sebab suka sangat melayan budak kecik neh. Kadang kena jugak marah-marah dengan aku budak neh. Cubit sikit sebab tak dengar kata. Hehehe. 
Ni lar rupa budak nakal tuh...
Ayong dia pun nak interframe jugak. ;)

 
;