Saturday, February 18, 2012

Nama

Beberapa minit bersua muka dengan manusia-manusia yg baru kenal. Tak kira lar semasa temu duga, ketika berurusan, mahu pun semasa suai kenal, akan ada satu situasi yg sering aku berdepan. Benda kecik yg dijadikan isu. Ka aku yg perah santan terlebih sangat nak masak gulai. Hahaha. Mula dulu rasa macam bangga, tapi dah lama-lama jadi lali. Anggap normal.

Situasi 1 : Pak cik cool (PC)
PC : Alin Fahshalna Asyda. Sapa bagi nama neh?
Aku : Ibu.
PC : Amboi, payah nak sebut. Berbelit lidah. Esok nak kahwin jenuh laki nak akad.
Aku : (: (Senyum ada makna)

Situasi 2 : Pak cik separa warga emas (PE)
PE : Alin Fah... (Tak dapat sebut sampai habis)
Aku : (: (Senyum tak perlu kata apa-apa)
PE : Lebih tiga harakat da neh. Siap kena dengung.
Aku : ??? (Diam)

Situasi 3 : Abang hitam manis (ABM)
ABM : Sapa neh Alin Fahshalna?
Aku : (Terkejut sebab dapat sebut dengan betul dan lancar sekali) Saya.
ABM : Canggih nama. Eksklusif.
Aku : ... (No comment)
ABM : Ada maksud ka neh?
Aku : Ada. Cuma Asyda tuh tak sebab gabungan nama ibu nan abah.
ABM : Ouh.

Situasi 4 : Abang 'S' (AS)
Aku : Nama saya Alin Fahshalna Asyda Binti Rashid.
AS :  Ha? Alin apa?
Aku : Alin Fahshalna Asyda! (Separuh menjerit)
AS : Alin Fashalina Asida?
Aku : Bukan. A-lin Fah-shal-na Asy-da. (Slow motion)
AS : Ada maksud ka neh?
Aku : Ada.
AS : Maksudnya apa?
Aku : Alin-yg tinggi, Fahshalna-yg terperinci. Tapi Asyda tuh tak ada lar sebab combine nama ibu nan abah.
AS : Kamu ni detail ka?
Aku : Kadang lar.
AS : Ehmmm...

p/s : Dialog di atas nampak macam skema sikit disebabkan ia merupakan situasi yg formal oke.

0 comments:

Post a Comment

 
;