Sunday, July 24, 2011 0 comments

1 impian, 1 harapan, 1 Matlamat.

Tiada siapa yang dapat menentukan matlamat hidup kita melainkan diri sendiri. Hanya tekad yang tertanam dalam diri dapat membuahkan benih kejayaan yang telah disiram keyakinan dan ditabur baja usaha. Namun, mampukah kita menggapai matlamat itu? Setinggi mana mahu kita daki dan gapainya? Tanyalah diri ini. Benarkah itu yang benar-benar kita inginkan? Polis? Akauntan? Pensyarah? Pereka hiasan dalaman? Semuanya memerlukan usaha. Tapi aku masih tertanya-tanya apakah matlamat sebenar aku. belum dapat aku pastikan. Ingin sekali aku laburkan jasa kepada anak bangsa, juga bersiaran di luar negara dan muncul di kaca tv. Ingin juga mempamerkan liuk-lentok mengikut alunan irama, juga profesional dalam merakam panorama serta momen berharga. Yang mana harus aku pilih untuk ditetapkan sebagai matlamat aku? Guru? Wartawan? Penari? Photographer? Aduh... Atau aku sememangnya tidak punya matlamat? Tidak! Aku harus ada... (baru pulang dari USM... insyaAllah, akan aku jejak menara itu hingga ke akhirnya...)
Sunday, July 17, 2011 0 comments

Satu perpisahan...

huhuhu... nak cita neh... huhuhu... cikgu Solehah da dapat transfer. Rabu yang da lepas2 last day dia (nampak sangat aku lambat update cita). huhu... sedih kot. bila ingat balik majlis perpisahan dia ari tu, macam bodo ja. sebab, aku da lar dengan duduk depan pentas tu. then, si Wink pulak kena kasi ucapan wakil pelajar. tak kesa lar sangat. mai dia start bersajak2 pulak. touching sudah. tapi boleh cover lagi. da tu lama2 bersedu-sedan da aku. tambah pulak bila cikgu sendiri yang naik. lagi bertambah2 bersedu lar aku. apa pun, hopefully cikgu tetap sukses kat sekolah baru. yakni sekolah yang sama dia menuntut sebagai pelajar form 6 macam aku and kenkawan yang lain. Dan yang lebih penting, aku akan rindu cikgu. rindu macam mana aku dengan bebudak lain pakat kena dengan hamburan katanya yang pedas2 belaka. tapi tak pa. yang tu yang besh. hoho... Sebab itulah motivasi yang menjadikan kami lebih baik daripada semalam. Sayang cikgu! Eh, chop! ni ada satu karya yang aku kasiikan kat cikgu. Selit2 dalam kotak hadiah yang aku kasi tu. Berbelah bagi nak letak time balut. Cikgu bahasa kot. Confirm lebih arif bab2 mengarang puisi nih. tak tau lar apa punya kelas karya aku nih. ibu aku kata macam cinta2 punya ja. Adeh. Ya meyh? Korang rasa? 

SAYONARA!
Telah terbuku di dalam diari takdir,
satu perpisahan terjadi.
Antara kau dan aku mungkin ini yang terakhir,
rasa kehilangan berkampung di hati ini.
Marahmu menjadi igauan.
Jenakamu menjadi kenangan.
Akan aku semat memori kecil ini dalam sanubari,
agar dapat menjadi lebih baik berbanding tempoh hari.

Macam kelas tadika kan? Hehe... cumel. Dengan bear2 kat belakang tu + penghuni-penghuninya yang sama perangai macam bebudak tadika... hehe...chesee! (yummy!)
Tuesday, July 5, 2011 0 comments

bermula...

Bermula ceritera seorang perawan. Haha... skema kot. tak pa2. Bukan selalu kan! Actually aku da ada account blogspot ni. tapi da lupa password apa semua. lagi pun da lama tak aktif kan? kenapa sekarang baru aku terkinja-kinja nak mengaktifkan balik? haha... saja. macam besh ja baca blog orang lain. aku pun gatal-gatal tangan lar buat akaun baru. hoho. bukan nak fokus kat stpm yang nak datang ni kan? tak pa2. busan2 kan... apa salah. share sikit story2 yang tak penting, yang tak bapa nak popular kan... sharing is caring kan... lepas ni insyaAllah aku akan merajinkan diri mengupdatekan story2 yang berlaku kat sekeliling aku. daaa...
 
;