Sunday, July 24, 2011

1 impian, 1 harapan, 1 Matlamat.

Tiada siapa yang dapat menentukan matlamat hidup kita melainkan diri sendiri. Hanya tekad yang tertanam dalam diri dapat membuahkan benih kejayaan yang telah disiram keyakinan dan ditabur baja usaha. Namun, mampukah kita menggapai matlamat itu? Setinggi mana mahu kita daki dan gapainya? Tanyalah diri ini. Benarkah itu yang benar-benar kita inginkan? Polis? Akauntan? Pensyarah? Pereka hiasan dalaman? Semuanya memerlukan usaha. Tapi aku masih tertanya-tanya apakah matlamat sebenar aku. belum dapat aku pastikan. Ingin sekali aku laburkan jasa kepada anak bangsa, juga bersiaran di luar negara dan muncul di kaca tv. Ingin juga mempamerkan liuk-lentok mengikut alunan irama, juga profesional dalam merakam panorama serta momen berharga. Yang mana harus aku pilih untuk ditetapkan sebagai matlamat aku? Guru? Wartawan? Penari? Photographer? Aduh... Atau aku sememangnya tidak punya matlamat? Tidak! Aku harus ada... (baru pulang dari USM... insyaAllah, akan aku jejak menara itu hingga ke akhirnya...)

0 comments:

Post a Comment

 
;