Thursday, October 22, 2015 0 comments

Hidup

Hidup.
Kau hidup dengan apa yang kau mahu. Pada kitaran yang kau perlu. 

Hidup.
Kau alami banyak peringkat. Daripada zaman innocent ke zaman rebel terus ke zaman pemulihan. 

Hidup.
Zaman2 sekolah yang kau diajar untuk belajar. Belajar untuk pandai. Belajar untuk A. 
Zaman2 sekolah yang kau mula mahu semua ikut cara kau. Persetan peraturan dan undang2. 
Zaman2 sekolah, abang/kakak angkat penjaga sementara. Juga di kemuncak kau jatuh hati pada si dia, cinta hujung nyawa kononnya. Arhhhhh. Beruk. 

Hidup.
Kau mula cantum sisa rabaknya cebisan hati. Kutip segala baik buruk sendiri. Kau bangun dan lihat realiti. Kau kejar segala untuk jadi pasti terus serah semua pada Ilahi.

Hidup.
Tak kira jahil mana zaman dahulu. Kau harus tahu itu semua hidup yang kau perlu lalu. Tak kira banyak mana titik hitam, kau tahu mana mahu cari peluntur. Kau perlu tahu, bangkitnya kau yang dulu untuk kau yang kini. 
Wednesday, September 9, 2015 0 comments

Ada Apa Dengan Cinta?

Cinta itu tak selalu bersama,
Biar jauh tanpa bertentang mata,
Biar terpisah tanpa bertegur sapa,
Biar hilang tanpa khabar berita,
Selagi utuh, ia tetap ada.
Sunday, September 6, 2015 0 comments

Agliophobia

Saat kau lagi diperlukan untuk dipinjam telinga, buat mendengar keluh-kesah, cerita lara dan sakit ditekan. Kau layankan saja. Kau benarkan semua itu melalui corong telinga waima ia cuma luahan berbentuk teks. Kau cuba balas dengan diksi yang dapat diterimanya. Abjad-abjad diolah baik-baik biar bisa menenang jiwa, mendamai rasanya.

Akan tetapi, letakkan situasi yang sama dalam watak yang berbeza. Kau jadi dia, dia jadi kau. Cuba. Apa kau dapat? 
Thursday, August 27, 2015 0 comments

Enough said

Aku ada sebut tentang prinsip unexpected aku sebelum ni. Benar. Tapi, tipulah kalau kata kau langsung tak ada benda nak diharapkan. Tipu! Mesti jauh di dasar paling dalam, kau mengharapkan itu ini. Kau mengbayangkan begitu begini. Kan?

Kau diam untuk setiap yang kau harap dan bayangkan itu, bukan kerna benteng ego yang kau bina. Tapi, lebih kepada perisai buat jiwa. Supaya tak teruk kau menanggung sakit dibelah dan ditikam pabila benda jadi tak nyata.

Kau bisik pada hati sendiri. Tak mengapa. Sikit yang kau nampak dan dapat, sikit yang kau akan tunjuk dan beri. Enough said! 
 
;