Saturday, June 11, 2016 0 comments

Hurting

When involving 2 person, can just one person be hurting?

The person who couldn't tell anyone, is already hurting by herself.

The person who doesn't even know she's hurting, will hurt later.

The person who neglected that pain, is hurting more.
Thursday, June 9, 2016 0 comments

Sayang tamak sayang

Terlantar kau di pembaringan. Lemah. Abah datang pamer wajah. Dalam nada nafas yang tersekat-sekat, yang kau mampu beri hanya pandangan mata kuyu. Pada hari seterusnya, ibu pula datang menjengah. Dengan tenaga yang sedikit kuat, yang terhasil hanya genangan air di kolam mata. Saat pedih misi memasukkan air, tok setia di sisi bersama tuala mengelap tangis di pipi kau. Teman rapat hadir bersama manisan hari ulangtahun. Setelah berhari, ternyata kau cukup gagah untuk melemparkan senyum tanda sayang terima kasih. Lalu, dengan semua ini, sayang yang bagaimana lagi mahu kau tamakkan?
Monday, June 6, 2016 0 comments

Jauh tapi jauh

Biar kaku di sini tidak berkutik. Rasa itu masih ada. Tidak mati walau seinci. Padahal, semakin berela. Di setiap cahaya purnama yang terlabuh.

Cuma, di setiap waktu yang terus berdetik. Aku ambil lorong waspada pada rasa takut yang menjelma. Membisik sendiri 'let's not cry'. Biar diri terus mengerti apa itu kuat. 

Agar rasa takut, rasa berantakan itu hanya sekejapan. Buat kukuhan rasa-rasa yang berakar.
Sunday, June 5, 2016 0 comments

Rajuk

Untuk setiap rajuk yang tak terpujuk, akan sampai satu ketika, kau hanya mampu diam, biar dalamnya kau terasa hati. Kerna pada tika itu, kau sudah tak dapat beza apa itu rajuk atau sekadar rasa yang tak perlu datang menyinggah.
 
;