Wednesday, May 4, 2016 0 comments

Mana tau

Kalau memang yang 'special' pada kamu itu aku,
Kenapa dilihat kamu gaulnya pada semua sama saja,
Dibilang rindu pada siapa saja,
Konversasi rentaknya lebih kurang saja,
Mesranya tiada beza.

Habis, di mana bentuk 'special'nya aku pada kamu?
Mahu dibilang dalam hati?
Ya... Tapi aku tak dapat agak,
Mana tau dalam hati kamu itu punya penghuni yang mungkin diundang tanpa sedar.
Mana tau kannn...
Friday, March 4, 2016 0 comments

Settle down

Kahwin.
Lebih mudah menyebut dan mengeja daripada melaksanakannya. 

Ia suatu topik wajib. Takkan boleh lari.

Aku pun tak dapat elak daripada tempias soalan begini. Alangkan rumah yang abah dah tinggal 25 tahun ni diperbesar, ditambah pula dengan aku yg baru tamat belajar, mulalah kedengaran suara2 bilang 'pak rashid bagi besaq rumah, alin dah tak lama lagi lar ni'. 

Aduhhh. Mentaliti begini. Aku tak boleh. Kerja pun belum punya, jodoh pun aku tak rasa akan datang dalam waktu terdekat ni, macam mana aku nak arahkan otak aku untuk ke arah situ. Tipu lar kalau niat nak kahwin tu tak ada. Tapi, sabarlah dulu... Bagi aku keja dulu, dah nampak stabil, aku pun dah menggeletis nak kahwin, barulah boleh aju soalan begitu. 

Nak kahwin, nak kena pakai duit. Ingat nak harap kat pihak lelaki saja? Kalau nak bertunang, yang pihak perempuan kena ada kenduri, buat makan2 orang datang. Memang tak payah besar2an, tapi tetap kena ada kan? Hantaran lagi. Dah tu nak menikah, bersanding apa. Tak rasa lagi banyak nak kena guna? Baju, katering semua. 

Orang kata kahwin baru terbukak luas pintu rezeki. Masalahnya, semua ni bukan sekupang dua. Ingat aku nak harap kat abah aku? Even tanggungjawab untuk walimatulurus tu jatuh pada si bapak.

Menganggur ni purse tinggal syiling ja dengan nak pergi interview lagi, aku nak mintak duit print resume kat abah pun berat mulut. Inikan nak mintak bawak keluar duit untuk semua tu. Aku tak boleh. 

Biar aku sendiri yang tanggung, macam mana aku jadi minah kilang tunggang-langgang pagi petang malam carik sendiri duit beriban guna buat beli laptop, dengan masuk unikl. Benda tu akan lebih kita appreciate. Kalau abah ibu nak tokok tambah itu lain cerita, sebab tu depa yang volunteer nak sumbang. 

Lagi satu, tak boleh pikir kahwin semata untuk kenduri apa semua tu. Aku pikir nak ada aset sendiri. Ada rumah, ada kereta. Huhu. Nampak tak aku ada pikir benda alah ni semua? I'm being serious with this matter sebab benda ni untuk jangka masa panjangggggg dan bukan main2. Hmm.

Mungkin benar niat depa sekadar nak melawak. Tapi, sabaq sat. Bagi lepaih satu2. Benda macam ni tak boleh dok buat kalut, tak pasai haru. Lagipun, ibu abah aku sendiri tak ada nak paksa2 suruh aku bawak mai calon cepat. Tambah dengan aku sorang saja perempuan. Fahamlah kan. Take one step at a time, there's no need to rush. 
Wednesday, February 3, 2016 0 comments

Hijrah itu misteri

Bercerita tentang hidayah. Bukan kerna sahabat yg bernama hidayah, tapi hidayah daripada Dia. 

Kita tak tahu hidayah daripada Dia itu datang daripada bentuk dan segi yg bagaimana. 

Tapi, dalam konteks berhijab sering kali dibilang tunggu hidayah Dia. Malang, kalau kita tak cuba kita tak tau.

Nak recap cerita dulu,
Aku budak free hair. Budak bangga rambut menggerbang. Tapi aku pernah cakap kat ibu nak bertudung masa sekolah rendah. Ibu tak benarkan sebab taknak jadi hangat2 taik ayam. Kejap pakai, kejap tanggal. 

Bulan puasa tahun 2012, berusia 20 tahun, Alhamdulillah tergerak hati nk pakai tudung ke tempat kerja. Pakai tak tanggal sampai sekarang. Alhamdulillah. Mampu istiqamah untuk 4 tahun++ ni.

Tapi, untuk berhijrah itu bukan satu jalan mudah, jalan singkat. Kau berhijrah, terus pakkk kau tudung labuh. No! Slow and steady. Pakai tudung, slow2 daripada short sleeve biasakan long sleeve. Tudung pun cuba makin lama makin tutup dada. Cuba.

Benda nak berhijrah kita kena cuba. Nak berubah kita kena mula. Life always need an improvement. Takkan kau selamanya nak stuck dekat diri kau yang jahil tu. Bukak mata, bukak hati. 
Monday, February 1, 2016 0 comments
Jiwa yang diracik2 itu, jangan dibiar. Jaga, agar tak terus tambah calar. Apa yang datang membeban, jangan dianggap beban. Pejam mata kau, terus senyum. Untuk kau terus laluinya. Kau pun tahu, Dia takkan beri kesulitan yang hambaNya tak mampu nak hadap. Jadi, jangan mengeluh. Benar, penat. Tapi, ingat Dia. Dia tau apa yg baik buat Kau. Jangan berhenti dampingi Dia. Sebaik2 percaturan itu, daripadaNya. Kau mohon yg baik2 biar dapat kau lalui segala yg berliku dengan kuat dan cekal. Amin. 
 
;