Jiwa tersesak dgn khabar pemergian satu demi satu umatMu ditarik pergi. Yg tinggal sini menanggung rasa pedih tak terperi. Rasa sugul bersimpati, rasa kehilangan yg abadi. Tapi kami masih leka, masih lalai ya Allah. Masih bersenang dgn duniawi. Masih belum mahu mengerti. Betapa Engkau mahu tunjukkan ke kami yg mati itu pasti. Mahu beritahu, kami jugak akan menyusul nanti. Takziah.
Bagi setiap rasa yg ada, aku tak upaya untuk cerakinkan ia menjadi susunan kata yang indah. Kata2 yang bisa membelai jiwa kamu untuk merasa sayang. Daya aku cuma setakat jaga terus semat ianya biar tak kemana. Tapi percayalah, setiap waktu yang terlintas menghuni ruang fikir aku itu ada kamu. Dan berlarutan hari2 aku itu menagih waktu kamu. Kerna aku terlalu...
Kau perlu tahu. Percaya kau pada manusia itu bisa dicampak, pijak, tinggal sia2. Letaklah tinggi mana percaya kau itu, jaga2 takut tinggi menggalah jatuh terebah. Tak salah. Tapi, jaga2.
Jadinya, kau perlu tahu. Percaya kau yang pertama harus letak pada siapa. Dia. Tak kira sebagaimana merangkak pun, Dia tahu ikhlas dan niat kau. Kasih Dia tiada berbelah, asal kau tak malu hadap Dia saban waktu. Mohon dijaga rasa, jiwa, iman dn minda. Agar tiasa ingat Dia, agar tak pesong dari halaNya, agar pegangan masih berlandas tetapanNya. Kejarlah saham2 ukhrawi, lantas tanpa kau sedar Dia bantu kau untuk duniawi.
Kita selalu rasa baik kita dah cukup banyak dilaburkan. Tapi, tanpa sedar orang2 yang tak dapat rasa secukupnya baik kita tu. Dan tanpa sedar juga kebarangkalian baik kita itu tak sampai. Dan mungkin juga baik kita tak dapat diterima orang dan disalah erti. Baik itu tak boleh dihitung. Kau buat, kau ikhlas, kau ulang. Orang buat baik, kita balas baik. Orang bagi tahi, biar dia hidu taik dia sendiri dulu. Hmm
Tapi... Kadang sampai kita rasa baik kita tak bernilai untuk sesetengah orang, kita mula berlaku kejam. Kejam yang kadang tanpa kita sedar. Berlaku kejam pada orang dan secara tidak langsung kejam pada diri sendiri jugak. Diam.
Subscribe to:
Posts (Atom)



