Tuesday, August 18, 2015 0 comments

Random kindness

Kebaikan datang tanpa diminta2. Random kindness from strangers. Faham tak bila orang asing bantu kau tanpa berkira. Well, its not much but its make me realize that there are still have kindness in certain people. Itu buat kita sedar tak perlu kita hitung baik kita pada orang sebab nak orang balas baik kita. Baik orang pada kita ada waima sekelumit, cuma kadang antara kita perasan atau tak ja. 

Terima kasih pakcik. Moga murah rezeki selalu. Hmm. 😢
Saturday, August 8, 2015 0 comments

Selamat

Hari lahir itu bukan cuma sebiji kek, batangan lilin, kepingan kad ucapan, beberapa buah hadiah, beberapa patah kata selamat. Ia lebih kepada hari kita sedarkan diri, bahawa kita bertuah kerana masih ada denyut nadi di situ. 

Alhamdulillah. 
Thursday, August 6, 2015 0 comments

Kau tunggu

Perjalanan yang sebenar belum mula. Kau tunggu. Pabila masanya sudah tiba, sedialah mental buat kau hadap hari2 sulit lagi meresahkan jiwa. Sekarang yang kau rasa baru sikit, tidak ada apa2 sangat. Kau tunggu. Situasi yang buat kau lelah dengan semuanya, yang buat kau cukup sampai disini, yang buat kau mahu lari daripada segalanya. Kau tunggu. Kau tunggu.
Sunday, July 19, 2015 0 comments

Galau

Kau tahu apa yang boleh buat kau sakit hati?
When u are not being yourself! Kau tahan diri kau daripada rasa marah, bebal, angin dan segala macam jenis negatif.

Ini bukan cubaan mahu jadi hipokrit. Ini bukan cubaan mahu jadi baik berhati suci. 

Ini kerna apa?

Kerna kau pegang prinsip behave. Kau mahu diri kau dikelilingi dengan good vibes kononnya.

Kerna kau jugak guna konsep 'lantak pi lar'. Jenis malas nak ambil port, malas nak terasa bagai.

Kau taknak benda kecil jadi besar. Kau halau segala bisik halus bertandang di benak. Kau endah rasa sakit mencuit2. Kau cuba fikir matang.

Kau pedulikan salah orang yang kau tak boleh terima. Kau mahu jaga hati dan perasaan orang, tanpa kau hirau hati dimakan telan sendiri. Kau simpan ia di sudut paling dalam.

Cuba kau fikir kembali. Apa mampu kau tahan? Soalnya, sampai bila? 

Jangan sampai parah alin! 
 
;