Sunday, January 8, 2012 0 comments

Revolusi

Permulaan tahun baru ni secara lazimnya mengajak warga antero dunia bergerak dengan satu cita baru, membuat satu anjakan dalam kehidupan tak kira dari pelbagai ceruk segi apa-apa pun.

Tahun ni mahu buat itu, mahu buat ini. Perlu laksana itu, ini. Perlu capai itu, ini.

Ya. Kebiasaannya begitulah.

Positif ke nagatif. Tapi, jika sebaliknya bagaimana pula? Baikkah perubahan sebegitu rupa?


p/s : minda juga hati harus reseptif berdepan dengan tahun baru yg baru. ;)
Friday, January 6, 2012 0 comments

Sentimental value

Salam. ;)

Bilik aku penuh, semak dengan barangan yg pada aku ada nilainya tersendiri. Memang pada pandangan manusia lain, ia hanya satu barangan biasa yg bisa diperoleh kat mana-mana. Tapi, bagi aku, barangan itu mampu mengimbau aku ke masa lalu yg bisa buat aku rindu untuk kembali ke masa itu. Ibu da keluarkan peluru berpandunya (leteran). Ibu bising dengan keadaan bilik aku yg terkandung seribu satu macam benda yg tak penting baginya.
Aku mengambil waktu-waktu yg terluang di rumah dengan memulakan langkah untuk mengemaskan bilik aku tuh. Aku cuba untuk buang benda-benda yg aku rasakan tak penting. Tapi, aku tak berdaya. Waima hanya cup Slurpee. Waima hanya bungkusan Cloud 9. Waima hanya secebis kertas tertulis sedikit perkataan. 
Waima hanya sticker kartun. Waima hanya bungkusan Cadbury Black Forest. Waima hanya plaster luka lama. Waima hanya sepasang kayu buruk. Blablabla...
Aduh, atau aku yg terlalu sentimental sangat?


Wednesday, January 4, 2012 0 comments

Tragedi hari itu

Aku celik. Enak lenaku. Berharap itu hanyalah mimpi juga igauan. Bingkas aku bangun dari tempat pembaringan. Aku capai telefon bimbit lapukku. Aku bukak inbox. Aku baca setiap pesanan ringkas yg ada. Senyuman aku ukirkan. Ya. Bukan mimpi. Bukan. Bukan. Bukan. Aku tak puas hati. Aku baca lagi, dan lagi, dan lagi. Ia benar. Stuck di situ. Aku tak mampu fikir lagi. Noktah.

p/s : Sesi di dapur hari ini. Berjaya hasilkan satu hidangan yg aku tak gemar tapi aku bangga. GULAI. :p
0 comments

Rasa yg halus

Mahu aku bikin filem cinta. Malangnya aku bukan seorang pengarah.
Mahu aku coretkan lirik cinta. Malangnya aku bukan seorang penulis lirik.
Mahu aku dendangkan lagu cinta. Malangnya aku bukan seorang penyanyi.
Mahu aku hasilkan novel cinta. Malangnya aku bukan seorang penulis novel.
Lalu, bagaimana?
Aku tak berani. Takut kehilangan kelibat kamu.
Tetap begini. Tetap di sini.
Kaku.
Tapi, sampai kapan?

Diinspirasikan daripada Lagu cinta untukmu, Couple.
16 Disember 2011
10.15 malam
 
;