Thursday, October 22, 2015 0 comments

Hidup

Hidup.
Kau hidup dengan apa yang kau mahu. Pada kitaran yang kau perlu. 

Hidup.
Kau alami banyak peringkat. Daripada zaman innocent ke zaman rebel terus ke zaman pemulihan. 

Hidup.
Zaman2 sekolah yang kau diajar untuk belajar. Belajar untuk pandai. Belajar untuk A. 
Zaman2 sekolah yang kau mula mahu semua ikut cara kau. Persetan peraturan dan undang2. 
Zaman2 sekolah, abang/kakak angkat penjaga sementara. Juga di kemuncak kau jatuh hati pada si dia, cinta hujung nyawa kononnya. Arhhhhh. Beruk. 

Hidup.
Kau mula cantum sisa rabaknya cebisan hati. Kutip segala baik buruk sendiri. Kau bangun dan lihat realiti. Kau kejar segala untuk jadi pasti terus serah semua pada Ilahi.

Hidup.
Tak kira jahil mana zaman dahulu. Kau harus tahu itu semua hidup yang kau perlu lalu. Tak kira banyak mana titik hitam, kau tahu mana mahu cari peluntur. Kau perlu tahu, bangkitnya kau yang dulu untuk kau yang kini. 
 
;