Thursday, August 27, 2015 0 comments

Enough said

Aku ada sebut tentang prinsip unexpected aku sebelum ni. Benar. Tapi, tipulah kalau kata kau langsung tak ada benda nak diharapkan. Tipu! Mesti jauh di dasar paling dalam, kau mengharapkan itu ini. Kau mengbayangkan begitu begini. Kan?

Kau diam untuk setiap yang kau harap dan bayangkan itu, bukan kerna benteng ego yang kau bina. Tapi, lebih kepada perisai buat jiwa. Supaya tak teruk kau menanggung sakit dibelah dan ditikam pabila benda jadi tak nyata.

Kau bisik pada hati sendiri. Tak mengapa. Sikit yang kau nampak dan dapat, sikit yang kau akan tunjuk dan beri. Enough said! 
Tuesday, August 25, 2015 0 comments

Impromptu

Yes. I do love something that unexpected. Sebabnya, aku berpegang pada prinsip 'the best thing in life comes when you least expected it'. Yaaa...we got more when we expect less.

But, for sudden questions... I dont know how i should react, and how i should response. The fact, i could be the most kelam-kabut girl to answer that kind of questions. Benar! Aishhh. 😂




Tuesday, August 18, 2015 0 comments

Random kindness

Kebaikan datang tanpa diminta2. Random kindness from strangers. Faham tak bila orang asing bantu kau tanpa berkira. Well, its not much but its make me realize that there are still have kindness in certain people. Itu buat kita sedar tak perlu kita hitung baik kita pada orang sebab nak orang balas baik kita. Baik orang pada kita ada waima sekelumit, cuma kadang antara kita perasan atau tak ja. 

Terima kasih pakcik. Moga murah rezeki selalu. Hmm. 😢
Saturday, August 8, 2015 0 comments

Selamat

Hari lahir itu bukan cuma sebiji kek, batangan lilin, kepingan kad ucapan, beberapa buah hadiah, beberapa patah kata selamat. Ia lebih kepada hari kita sedarkan diri, bahawa kita bertuah kerana masih ada denyut nadi di situ. 

Alhamdulillah. 
Thursday, August 6, 2015 0 comments

Kau tunggu

Perjalanan yang sebenar belum mula. Kau tunggu. Pabila masanya sudah tiba, sedialah mental buat kau hadap hari2 sulit lagi meresahkan jiwa. Sekarang yang kau rasa baru sikit, tidak ada apa2 sangat. Kau tunggu. Situasi yang buat kau lelah dengan semuanya, yang buat kau cukup sampai disini, yang buat kau mahu lari daripada segalanya. Kau tunggu. Kau tunggu.
 
;