Wednesday, May 27, 2015 0 comments

Apaan sih

Kadang ada satu masa, secara tak semena-mena, kau hadap hari-hari, kau rasa jelak dengan semuanya. Kau mahu hari berlalu dengan segera tapi mahu masa berhenti sebentar cuma. Habis bagaimana, dan apa yang kau mahu sebenarnya?
Wednesday, May 6, 2015 0 comments

Larut

Untuk setiap rasa yang bertambah mekar ke hari-hari depan,
setelah melewati hari-hari kesepian,
yang mampir meneman bersama senyuman,
dan berjalan beriringan dengan penuh keraguan,
terima kasih.

Biar rasa ini,
rasa yang benar yang bukan sementara cuma.
Yang juga bukan sekadar persinggahan,
untuk mencuba merasa.
Kerana gayanya,
semakin lama semakin larut.


 
;