Salam sejahtera.
Syukur aku masih bernyawa sehingga ke hari ini dan masih mempunyai kudrat menggerakkan jari jemari di papan kekunci ini. Walaupun, lama aku menyepi daripada entri sebelum ini.
Aku akui makin panjang hidup ini, makin berlikulah juga hidup ini. Tambahan pula, sekarang aku dalam usaha mencapai cita-cita aku, ibu abah aku, kaum keluarga dan sanak saudara untuk memegang segulung ijazah. InsyaAllah, jauh lagi nak aku gapai semua tu. Biarpun jauh daripada keluarga tersayang, insyaAllah aku yakin doa mereka sentiasa di sisi aku.
Sepanjang aku bergelar siswazah yang masih baru dan cetek ilmu ini, aku belajar banyak perkara. Salah satunya, apa-apa yang kita buat, kita kena ada pendirian. Selain, kita juga kena berdikari dan tiada istilah bergantung harap pada orang lain. Tapi, itu tak bermakna kita kena penting diri. Itu harus, tapi ada waktu dan ketikanya. Waktu ni lar, aku dapat lihat pelbagai kerenah dan ragam hamba Allah yang lain. Berbeza minat, berbeza idea, berbeza pendapat. Kadang akan timbul suara-suara yang lantang menegak kebenaran.
Aku dalam proses belajar. Jadi, memanglah apa-apa yang terhasil bukanlah yang terbaik. Namun, aku cuba jadi sebaik-baik mungkin. Sekarang, tinggal seminggu lebih lagi untuk aku menghadap final exam buat semester kedua. Berdebar itu sudah pasti. Subjek yang bukan calang-calang seperti semester yang lepas-lepas. Doanya biar aku terus tetap dengan niat belajar aku di semester yang akan datang.
Sekian.