Lazimnya, kalau aku mahu menulis sudah ada isi terikat kuat dalam kepala. Tapi kali ini jangan kata isi, berkenaan apa yg nak ditulis pun tak dak. Kosong.
Bersama otak yg kosong dan perut yg berkeroncong sakan, serius lutut rasa longgar menanti hari akan datang tu. Anda faham bukan? Khabarnya 7 Mac ni. Entah lar. Maybe tarikh yg ini ada benarnya. Lebih penat tunggu result STPM nih daripada SPM yg aku pernah ambik dulu. Ya lar. Inikan exam besar punya. Arah tuju selepas nih berdasarkan result yg ini. What ever it is, terima hakikatnya nanti. Untuk beberapa pengapit aku, hari ni salam berjuang untuk MUET. Dah habis pun rasanya. Heee...
Ouh ya! Sebelum terlepas daripada kotak memori aku, aku ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru pada Lisa Surihani dan Ana Raffali bersama pasangan masing-masing. Aku belum sempat tengok foto-foto pernikahan pasangan mempelai tersebut memandangkan terhadnya masa aku untuk semua itu sekarang. Niat hati nak renovate blog yg old skool nih pun memang tinggal niat saja. Masa yg ada aku guna sebaik mungkin untuk rehat, tidur dan MAKAN. Serius aku kurang makan sekarang. Baguskah?
Umm... Aku terluka. Bukan hati tapi kaki dan tangan aku sedikit terluka disebabkan cuainya aku, longlainya aku pegang pinggan pun boleh jatuh. Tak pernah2 nih. Tak teruk. Tak payah risau. Anggota tubuh aku meminta untuk berehat selepas lebih kurang 12 jam bertugas. Koyok pun dah ditampal di badan. Kasihan. Sampai terponteng sehari gara-gara bangun lewat. Sayangnya. Sah2 kena tolak gaji aku. Adoi. Ala. Biasa lar. Baru seminggu. Lepas nih mesti oke. Keletihan untuk ganjaran yg lumayan. Kata kuncinya, SABAR.
Sekarang aku dah boleh merayap mana-mana yg aku nak. Tapi yg pasti aku masih memerlukan kebenaran kedua orang tua aku. Normal lar tuh. Anak perempuan harus dijaga rapi. Tambah hanya sekuntum di taman. Aku baru pegang lesen sendiri. Alhamdulillah, akhirnya kan. Lambat sangat. 20 baru ada lesen. Tak pa, atleast ada jugak.
Ha. Setakat ni saja rasanya perkembangan aku. Dah bercampur semuanya. Serupa rojak, ABC, nasi kandar (dalam kepala sentiasa ingat makan). Baiklah, lain cerita di lain hari.
Assalamualaikum.
0 comments:
Post a Comment