Monday, August 8, 2016 0 comments

Hari tambahan usia

Menangis cuma kita yang tau. Kerna sampai satu ketika, kau taknak lagi kongsi rasa sedih dengan sesiapa. Semuanya kau pendam, simpannnnnn dalam2. Hanya katil dan air paip mahu kau jadikan teman. Kerna di benak, kau gusar setiap rasa yang kau tumpang luah itu buat orang rasa lali memdengarnya, fikir kau jaja cerita, bukak pekung sendiri. Hari ini hari kau membesar. Tapi, hari ini hari kau lemah longlai.
Sunday, June 19, 2016 0 comments

Gadis yang tidak diadili

Yelah. Yang hodohnya aku, yang salahnya aku, yang kejamnya juga aku. Untuk satu2 rasa itu, aku tak melulu untuk tunding jari kata salah kau. Aku tanya yang lain, aku tunjuk bukti, apa benar yang aku rasa ini. Dibilang mereka ya, daripada mata mereka juga berfikiran yang sama. Kalau dikata kau malas melayan pun sudah begitu, aku tak tahu bila angin rajin nak melayan kau datang, rentaknya macam mana kan. Kata mereka juga, tak salah untuk kau rasa macam tu sebab kau perempuan. Yelah, aku perempuan mana boleh lari daripada fitrah itu. Tahu apa yang sedih? Bila yang aku lakukan itu untuk jaga batas dan had aku sebagai perempuan agar tak dilabel MURAHAN, tak sama macam perempuan2 di pasaran yang lain tapi yang dilihat kau itu EGO. EGO. EGO. Lalu aku hanya akan tertunduk, mengangguk mengiyakan itu dan tersenyum sendiri. Yelah. Memang aku ego nak mampus pun. Memang. Dah kau masak dengan ego begitu, habis kenapa ego perlu berlawan dengan ego?  Tak sedar diri sendiri jugak ego? Yang sudah2 aku kerdilkan ego aku. Tapi, kali ini aku hanya mahu duduk, dan tunggu. Bukan angkat kaki berlalu pergi, cuma sekadar melihat dari jauh. Bila yang aku nampak kau diam dan rasa disakitkan, rasa dibuang, rasa ditinggal juga u felt like, u just a victim. Padahal diri kau sendiri yang tak ada langkah apa2. Jadi, kau expect aku nak mula dulu? Yelah. Terus katakan semuanya salah aku.  Teruslah bilang kau yang dianiaya rasa sakit. Aku memang tak ada rasa apa, hati pun tak ada, sebab aku ego kan. Akulah. Terima kasih. 'Buat apa yang terdaya. Kalau kau jaga sangat pun tapi  اللهdah kata bukan hak kau-- fayakun.' (Fynn Jamal)
Saturday, June 11, 2016 0 comments

Hurting

When involving 2 person, can just one person be hurting?

The person who couldn't tell anyone, is already hurting by herself.

The person who doesn't even know she's hurting, will hurt later.

The person who neglected that pain, is hurting more.
Thursday, June 9, 2016 0 comments

Sayang tamak sayang

Terlantar kau di pembaringan. Lemah. Abah datang pamer wajah. Dalam nada nafas yang tersekat-sekat, yang kau mampu beri hanya pandangan mata kuyu. Pada hari seterusnya, ibu pula datang menjengah. Dengan tenaga yang sedikit kuat, yang terhasil hanya genangan air di kolam mata. Saat pedih misi memasukkan air, tok setia di sisi bersama tuala mengelap tangis di pipi kau. Teman rapat hadir bersama manisan hari ulangtahun. Setelah berhari, ternyata kau cukup gagah untuk melemparkan senyum tanda sayang terima kasih. Lalu, dengan semua ini, sayang yang bagaimana lagi mahu kau tamakkan?
 
;